Apakah Risiko yang kita hadapi jika kita sering memberi alasan ataupun memberi justifikasi tentang apa yang kita sedang buat / hadapi?
Apabila kita berikan alasan dan justifikasi sesuatu perkara yang hendak kita tegakkan, langkah itu boleh MENYUSAHKAN kerja-kerja kita, malah akan menjadikan perkara tersebut satu tekanan.
kerana walaupun sudah diterangkan alasan di sebalik perkara yang telah terjadi sama ada positif ataupun negetif, tetapi masih ada pihak yang tidak dapat diyakinkan. SEMAKIN DITERANGKAN, SEMAKIN DITENTANG.
Pada satu tahap, mereka bukan lagi menentang, tetapi mereka mempersoalkan dan menentang alasan-alasan yang telah kita dijadikan sebagai justifikasi.
Semakin banyak alasan yang diberikan, semakin banyak alasan mereka untuk dijadikan peluru bagi membantah alasan kita.
Melainkan jika perkara tersebut bimbang menjadi fitnah, jadi perlulah diterangkan apakah sebab disebalik perbuatan secara ringkas dan padat. Hanya perlu diberitahu isu pokok dan tidak perlu diterangkan apa-apa lagi.