Rasanya dah lama tak update blog ni, last update tahun 2012 kot. Tu pun masa belajar dulu. bila dah kerja ni tak ada masa nak update.
Hari ini saya rasa terpanggil nak update blog tentang pengalaman temuduga sebagai calon guru interim untuk kolej vokasional pada tahun 2016.
2 Sept 2016
Saya mendapat email dari KPM supaya memeriksa laman sesawang jobmalaysia untuk mengetahui keputusan panggilan temuduga bagi guru interim kolej vokasional.
Lokasi temuduga saya dapat di IPGM kuala lipis. Mungkin pemilihan lokasi berdasarkan IC seseorang sebab rata calon temuduga adalah berasal dari pahang yang mempunyai No IC (06).
Panggilan temuduga dihantar melalui email oleh KPM, dan ramai calon-calon terlepas pandang untuk memeriksa email, jadinya ramai jugak lah yang terlepas dan tak datang temuduga. apa boleh buat, mungkin bukan rezeki mereka.
Kepada yang berpeluang pergi temuduga saya ucapakn tahniah dan juga tahniah kepada diri sendiri.
Untuk temuduga guru interim ini, masa yang di beri untuk preparation adalah sangat singkat. bayangkan email dihantar oleh KPM pada 2 Sept 2016, dan tarikh temuduga pula pada 7 Sept 2016. hanya diberi 5 hari sahaja untuk study.
Ada juga calon yang di hantar email pada 6 Sept 2016, dan temuduga pada 7 Sept 2016.
Terdetik juga rasa pelik kenapa begitu drastik, dan terlalu singkat masa diberi untuk study. adakah KPM terlalu memerlukan guru vokasional? seribu macam persoalan yang timbul.
Kerana, kajian yang saya buat berdasar kan calon temuduga dari upsi, masa yang diberikan adalah 1 bulan dari tempoh panggilan temuduga. kelebihan pada calon boleh buat preparation.
Mujur kawan2 membantu, dan banyaklah soalan bocor temuduga saya dapat. tidak kurang juga saya research dalam internet. mana yang dapat saya hafal tu, sy hafal . dan ada juga buat note.
Pada 7 Sept 2016.
Bermulalah proses temuduga, hari ni saya tak ambil cuti, cuma emergency leave je.
Bergerak seawal 5 pagi dan sampai di lipis pukul 7 pagi. Taklimat bermula pada 7.30 pagi.
suasana kelam, tak ramai orang hadir, mungkin sebilangan calon tak tau yang mereka dipanggil temuduga, dan calon temduga rata rata dalam bidang mekanikal, Manakala bidang machine tools,hanya saya seorang sahaja.
7.30 pagi,
Taklimat diberikan kepada calon2 guru vokasional. kelihatan yang hadir, daripada 44 orang, hanya 31 orang yang hadir. Manakala, pada hari semalam dan sebelumnya, hanya separuh yang hadir daripada 70 calon menurut panel.
Calon dikehendaki memakai baju sukan, seluar track dan kasut sukan.
8.30 pagi
Terdapat tiga sesi bagi pemilihan guru yang mana sesi pertama ialah ujian Medsi, calon diberi masa 45 minit untuk menjawab 160 soalan, soalannya simple sahaja, tetapi memerlukan kepantasan menjawab.
9.30 pagi.
Selesai sesi pertama, sesi kedua ialah ujian kelayakan. mengikut surat tawaran, calon sepatutnya mengikuti ujian kelayakan calon guru (UKCG), tetapi terdapat beberapa perubahan, mungkin disebabkan hari terakhir sesi pemilihan, panel bersependapat untuk membuat temuduga terlebih dahulu bagi memudahkan.
Untungnya apabila sesi terakhir, banyak kelonggaran berbanding sesi pertama dan kedua yang hanya mengikut sahaja arahan dari pihak atasan.
Kebaikan temuduga dahulu adalah para calon akan berasa cergas, sihat, dan tidak letih untuk ditemuduga, kerana apabila UKCG dahulu, calon akan berasa terlalu letih, banyak tenaga yang perlu digunakan.
Mengikut kajian yang saya lakukan sebelum ini, kebanyakan UKCG & temuduga untuk calon guru biasanya dilakukan secara berasingan. Bermula dengan UKCG dahulu, dan apabila lulus, barulah dipanggil temuduga.
Tetapi untuk kali ini, pihak KPM membuat 3 sesi dalam satut hari, mungkin mereka faham kerana ramai calon yang bekerja dan susah hendak mengambil cuti. jadi inisiatif KPM melakukan 3 sesi dalam 1 haari. mudah dan senang.
Sesi Menuggu Temuduga
10.30 pagi.
Bermulalah sesi temuduga, calon diberi kumpulan, sesi saya adalah sesi terakhir.
Apabila tiba masa saya, masuk sahaja kedalam bilik, terdapat dua panel yang separuh abad umur. muka suci bersih dan kelihatan penuh berilmu.
Terdapat 7 orang calon yang masuk kedalam bilik,
Soalan pertama ditanya adalah latar belakang, manakalah soalan kedua ialah penyataan hasrat kenapa hendak jadi guru dan falsafah pendidikan. semua calon diberi soalan yang sama.
dan terakhir sesi pembentangan. just simple2 sahaja tajuk. tak susah.
2.30 ptg
Selesai sahaja dua sesi, hati sudah lega, dan kami menuju ke gym untuk UKCG. Disana kami akan menjalani sesi latihan ujian BMI, Pumping, beep test. yang paling letih adalah beep test, saya hanya dapat 10 markah daripada 40 markah.
Tapi tak apa, markah keseluruhan saya ialah 58% untuk UKCG. Alhamdulillah lulus.
Selepas ketiga2 sesi tersebut, kami pun bersurai balik ke halaman masing2. Lega rasanya.
Mengikut panel, keputusan temuduga bagi guru interim kolej vokasional pada bulan 10 2016.
Doakan semoga saya berjaya menjadi Guru. Amin.
Perjalanan Balik , Bye Bye IPG Kuala Lipis
Tanggal 21 Oct 2016 , 8.45 am
aku dapat email daripada BPTV,
ALHAMDULILLAH Aku terpilih menjadi Guru, syukur kepada Allah.
Result untuk temuduga tersebut dah keluar ke? Hehe
ReplyDeleteResult untuk temuduga guru interim kolej vokasional dah keluar 21/10/2016
Deletetumpang tnye, alhamdulillah sy pn dpt menjadi seorg guru interim di KV Rompin. latihan KDC tu cmne ye?
DeleteTumpang tnye, latihan KDC tu cmne ye? alhamdulillah sy pn dpt jadi guru interim di KV Kuala Rompin
Deletesalam awk.. tahniah. alhamdulillah saya juga terpilih untuk sesi iv esok ... boleh saya tahu sesi pembentangan tu macam mana? apakah antara tajuk yang kita kena bentangkan?
ReplyDeleteterima kasih ..
Susah tak masa temuduga tu.saya baru mohon guru interim tapi tahla dpt ke tak sbb xde keje
ReplyDelete