Wednesday, June 26, 2013

telatah kucing ku yang comel

assalamualaiku...

hai. bertemu lagi ketika ini. dah lama rasanya saya tidak update blog dengan menulis sendiri dengan bertunjangkan dua belah tangan, berbekalkan 10 jari. bermadah pulak..hehe.. Today I want to story mory about my cats. Generally, I really love cats. kalau jumpa kat mana-mana mesti saya akan gosok kucing tu. kalau kucing tu bersih saya ambil. kalau kucing kurap cuma gosok guna kaki jerk.





Video diatas ni ialah anak kucing. yang comelnya kucing ni isap tangan aku derr..keh3..untuk pengetahuan korang berdasarkan pengalaman saya, kucing diusia beginilah yang akan jilat tangan tuanya. kalau dah besar tu puas la ko hulur tangan. tak kan dijilatnya. di antara sebabnya ialah kucing ini sedang mengenal dunia. macam kita la ketika waktu remaja. ada yang remajanya terdapat kenangan manis dan ada yang remajanya penuh kenangan hitam.

mari aku nak huraikan apa maksudnya kenangan manis ketika remaja. kenangan manis bukan bermakna ada pakwe @ makwe sewaktu zaman persekolahan. ini salah. kenangan manis ialah kita mengikut orang2 warak kemasjid, mendengar kuliah, solat berjemaah lima waktu sehari semalam, ukhwah, berkawan dengan org ada ilmu agama, menimba ilmu tidak kira ilmu agama @ dunia. itu lah difinisi kenangan manis bagi aku kerana sewaktu muda remaja lah kita nak didik hati. bila dah tua susah dol. walaupun dah tua kita nampak pakcik tu berkopiah, belum tentu hatinya berpaut pada Allah kerana sifatnya orang tua kebiasaanya sombong,riak dan takbur. kalau tak caya cuba korang test diorg. contoh bagi pendapat ke. jangan harap diorg nak pakai pendapat korang yg masih muda dan mentah. itulah petanda riak.

kenagan pahit ialah kenangan hitam sewaktu kita bersosial dahulu tidak kira berdating, bercampur gaul dengan rakan lelaki dan perempuan. apa2 yang buruk la senang cerita. yang korang rasa tidak diredhai Allah. jadi sesiapa yang selalu pergi masjid dan kuliah dan hati berpaut dengan masjid,korang jangan igt tiada life, sebenarnya itulah life, keseonokan. kalau tak caya try la. pergi masjid solat berjemaah selama 5 bulan. pastu cuba korang tak pergi solat berjemaah dan pergi pasaraya pukul 7.45pm. korang akan rasa janggal dan menyesal. "korang akan berkata eh sepatutnya tempat aku dimasjid" masyaAllah. aku merasa aman dimasjid bersama orang2 tua. dah tentu orang2 didalam masjid berfikiran matured, baik2..korang akan rasa selesa.

kita juga boleh bercuti dimana-mana, bawak wife kalau yg ada wife. dunia ini luas maa.. Allah jadikan dunia ini untuk kita merenung keindahan Allah. jadi apa lagi. pergilah! kalau korang rasa nak pergi jalan2 takot terlepas berjemaah dimasjid. apa guna ada wife kalo tak boleh jadi makmum.. ^_^ sama sahaja dimana2 pun kalau kita berjemaan tetap dapat 27 kali ganda pahala. cuma bila kita kemasjid dapat la pahala i'tikaf tu..

lagi satu korang akan terasa bila nampak perempuan yang bertudung labuh, hati korang rasa aman dan selesa. berbanding dengan gadis2 yang tidak bertudung labuh korang akan rasa tidak selesa dan tak terasa pun nak buat bakal isteri.




berbalik kepada topik kita tadi, video yang kedua ini ialah kucing aku yang bernama opel iaitu kucing jantan. yang unik suaranya agak maskulin. haha biasalah rumah aku ada grill bagi mengelakkan segrombolan haiwan-haiwan in masuk. so sebagai haiwan yang bijak diatas muka bumi ini, kucing ni dapat masuk pulak melalui lubang atau corong. jadi bila ada aku kat depan pintu dia tak berani masuk der..



video last ni ialah anak kucing yang panjat grill tp aku suruh turun. macam faham2 pulak bahasa aku. sebenarnya aku rasa kebetulan bila dia dengar suara manusia mindset kucing ni mest aku suruh turun. saksikan lah ketiga tiga video ini dengan aman. sesiapa yang tak suka kucing tu belajar belajar lah ye suka kucing kerana org yg suka kucing ni penyayang.

Hukum berjimak dengan hamba

Soalan;
Benarkah yang Islam membenarkan tuan kepada hamba berjimak dengan hamba perempuannya tanpa nikah? Jika ya, mengapakah ia dibolehkan?

Jawapan;

Ya, Islam membenarkan seorang tuan beristimta' dengan hamba perempuan yang dimilikinya berdalilkan firman Allah yang bermaksud;

"Dan (di antara sifat orang-orang mukmin ialah)  mereka yang menjaga kemaluan mereka (dari syahwat yang haram, iaitu zina dan sebagainya), kecuali kepada isteri mereka atau hamba (perempuan) yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela(apabila melepaskan syahwat itu kepada isteri atau hamba yang dimiliki)” (Surah al-Mukminun : ayat 5-6).

Berdasarkan ayat ini, jimak yang dihalalkan syariat adalah melalui dua ikatan;
1. Ikatan perkahwinan
2. Ikatan milki yamin (pemilikan hamba).

Kedua-dua jimak tersebut jika menghasilkan anak, maka anak itu dinasabkan kepada suami atau tuan dengan nasab yang sah dan boleh mewarisi. Memiliki yamin (pemilikan hamba) tidak memerlukan lagi akad perkahwinan kerana dengan miliki yamin tersebut seorang wanita hamba itu menjadi milik tuannya secara sepenuhnya dan harus tuannya memanfaatkannya termasuk beristimta' dengannya.

Pada zaman awal kemunculan Islam, pemilikan hamba merupakan fenomena yang berleluasa ketika itu. Untuk menghapuskannya, syariat Islam mengambil langkah berhikmah dan secara tadarruj (peringkat demi peringkat) kerana penghapusan secara drastik akan menyusahkan masyarakat yang terbiasa dengan amalan tersebut di samping mungkin akan memudaratkan hamba itu sendiri kerana terpaksa hidup berdikari dalam keadaan belum bersedia kerana sebelumnya ia bergantung hidup kepada tuannya.

Islam telah membuka ruang yang banyak untuk pembebasan hamba melalui hukum-hakam Syariatnya. Pembebasan hamba dijadikan sebagai salah satu denda yang ditetapkan Syariat bagi kes bunuh, pelanggaran sumpah, zihar dan persetubuhan pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Nabi SAW sendiri menggalakkan sahabat-sahabatnya membebaskan hamba. Ia merupakan ibadah yang besar pahalanya sebagaimana sabda Nabi SAW; "Sesiapa membebaskan seorang hamba beriman, Allah akan membebaskan dengan setiap anggota dari hamba itu setiap anggotanya dari api neraka" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah RA).

Demi menjaga hak-hak hamba, syariat Islam mewajibkan pemilik hamba melayani hamba-hambanya dengan baik, menjaga kebajikan dan keperluan mereka dan tidak membebani mereka melebihi kemampuan mereka. Sabda Nabi SAW; "Hamba-hamba kamu itu adalah saudara-saudara kamu. Allah meletakkan mereka di bawah jagaan kamu. Maka sesiapa yang Allah meletakkan saudaranya di bawah jagaannya, hendaklah ia memberi makan kepadanya sebagaimana makanan yang ia makan, memberi pakaian kepadanya sebagaimana yang ia pakai dan tidak membebaninya kerja yang melebihi kemampuannya. Tatkala ia membebaninya, hendaklah ia membantunya" (HR Imam al-Bukhari).

Keharusan yang diberikan oleh Syariat kepada tuan untuk mensetubuhi hamba perempuannya merupakan satu perhormatan kepada hamba itu dan juga satu langkah kepada pembebasannya. Seorang hamba wanita yang disetubuhi tuannya, apabila ia mengandung tidak harus lagi untuk tuannya menjualnya atau menghadiahkannya kepada sesiapa. Apabila ia melahirkan anak, anak itu akan dinasabkan kepada tuannya (dan menjadi seorang yang merdeka) dan hamba itu akan bergelar ummu walad. Sebaik tuannya meninggal, ia akan terbebas dengan sendirinya (yakni menjadi wanita merdeka tanpa dapat dihalang oleh sesiapapun).

http://ilmudanulamak.blogspot.com/

8 cara mengenalpasti lelaki penyayang


1) Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak
- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

3) Berat Akan Orang Tua
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik
- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah
-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...