Sunday, January 23, 2011

Ilusi

Puisi Cinta

Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku

Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku


Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu


Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta...

Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah...

Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...


Menjadi hiasan hidupku...

Sunday, January 9, 2011

senyum santai

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan..."

adakah benar?

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2010

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Friday, January 7, 2011

NILAI SEORANG WANITA

 tanpa hawa tak berserilah kehidupan nabi Adam as
walau ketika itu berada didalam syurga...
nabi Allah Adam tetap meminta kepada Allah swt
seorang teman untuk mengubati kesunyian..
begitu juga manusia
kehidupan didunia memerlukan teman untuk berbicara
mengasihi,menyayangi,mengisi ruang kekosongan
ini tidak dapat dikatakan dengan lebih cantik lagi. 
TAPI awas jika kamu membuat wanita menangis
ini kerana wanita berasal dari rusuk lelaki....
bukan dari kaki untuk dipijak...


bukan dari kepala untuk disanjung...
tapi dibawah tangan untuk dilindungi
dekat dengan hati untuk disayangi..

Wednesday, January 5, 2011

menanti jodoh datang menjemput

Menanti jodoh datang menjemput (Petikan dr
 Mingguan Wanita)
 
   Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
 
  "Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah  keturunan menyumbang perihal jodoh. 
Kakaknya sudah  berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya  sendiri sudah 25 tahun
 dan masih belum punya teman."
Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.
 Ia bagai menanti jambatan untuk  ke seberang. Kalau panjang jambatannya 
jauhlah  perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab  jambatannya singkat.
 Usia 25 tahun 
 
 
rasanya belumlah  terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau 
 sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. 
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda  itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.  Wanita baik 
untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. 
 Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar  seorang diri 
drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian
nanti.
 
 
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.  Kita selalu sangka,
 aku pasti bahagia kalau mendapat  ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 
mendapat apa  yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, 
bahagianya org itu.  Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki 
 
 
 kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak
  mustahil pula org yang memandu kereta mewah  (walaupun sebenarnya tak mewah)
 terpaksa membayar  lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi  jalan. 
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
 
 
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,  motosikal mencelah-celah
 hingga mampu berada jauh di  hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya 
kalau  aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu  dan cepat sampai ke 
tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan 
bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
 
 
 Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
 pasti ada  baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik  sebab ia 
dibenarkan oleh agama, 
sunnah Nabi, sebagai  saluran yang betul untuk melepaskan shahwat dia
 samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga  buruk sebab 
ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang
 menempah nerak  sebaik 
sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.  
 
 
 Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan  hubungan kelamin,
 tanggungjawab yang terpaksa dipikul  juga turut banyak? Bukankah apabila
 anda gagal  melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2  padahal dahulunya
 mereka bermati matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada 
yang sanggup  berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah  berkahwin dulu. 
 
 
Jika merasakan diri belum cukup ilmu  untuk bergelar ibu ataupun ayah,
 belajarlah dulu.  Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah  anak2, carilah 
dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin  dahulu sebabkenyataannya ramai 
yang tidak bersedia  untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh 
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. 
 
 
Berkahwin itu menjanjikan  pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya 
gelanggang  untuk mengukuhkanima, mencintai Tuhan dan menjadikan  syurga sebagai matlamat.
 Berkahwin itu sempadan dari  ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - 
 bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan 
dan mengikut kebiasaan.  
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan  datang menjemput, insyaAllah..tapi kalau tak
tiba tiba jugak maknanya kena la cari eh...hehe
namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

nilai sebenar mengecap kebahagiaan

KEBAHAGIAAN adalah impian semua insan. Setiap individu, pasangan suami
isteri dan keluarga, tanpa mengira umur impikan kebahagiaan dan ketenangan.

Namun begitu, tidak semestinya wang ringgit, pangkat besar, isteri cantik
atau suami kacak, atau harta boleh membahagiakan seseorang.

Sesungguhnya, sebahagian tanda hidup bahagia insan Allah ada dalam keadaan
berikut:

l Menjauhkan diri daripada sesuatu yang haram atau bersubahat dengannya.

l Bersahabat dengan orang baik dan soleh.

l Belas kasihan dan memberi manfaat kepada makhluk Allah yang lain.

l Merendah diri dan tidak takbur dengan harta dan kedudukan.

l Bersifat dermawan dan mulia.

l Sedikit bercakap mengenai sesuatu yang tidak perlu.

l Sentiasa kuat kemahuan untuk beribadat seperti mendirikan solat dan
membaca al-Quran.

l Senang mengingati urusan akhirat dan selalu mengingatkan mati.

Sebahagian tanda bagi orang yang hidup dan hatinya sengsara adalah seperti
berikut:

l Kemahuannya kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia.

l Rakus dengan harta benda dan menyombong diri.

l Suka bercakap kotor dan memburuk-burukkan orang lain.

l Berperangai buruk dan suka berkawan dengan orang yang derhaka kepada
Allah.

l Memandang ringan solat lima waktu.

l Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman

l Keberatan memberi pertolongan kepada orang lain.

l Melupakan dosa yang lalu.

l Membandingkan dengan orang di atasnya berhubung urusan dunia.

l Membandingkan orang di bawahnya berhubung urusan akhirat.

l Mengungkit kembali kebaikannya lalu, sedangkan dia tidak tahu sama ada
amalannya diterima atau tidak.

cerita disebalik april fool

Assalamualaikum wbh..

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang uatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bhw ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam Sepanyol ( Moors )terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.



Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah