Wednesday, January 5, 2011

menanti jodoh datang menjemput

Menanti jodoh datang menjemput (Petikan dr
 Mingguan Wanita)
 
   Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
 
  "Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah  keturunan menyumbang perihal jodoh. 
Kakaknya sudah  berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya  sendiri sudah 25 tahun
 dan masih belum punya teman."
Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.
 Ia bagai menanti jambatan untuk  ke seberang. Kalau panjang jambatannya 
jauhlah  perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab  jambatannya singkat.
 Usia 25 tahun 
 
 
rasanya belumlah  terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau 
 sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. 
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda  itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.  Wanita baik 
untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. 
 Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar  seorang diri 
drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian
nanti.
 
 
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.  Kita selalu sangka,
 aku pasti bahagia kalau mendapat  ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 
mendapat apa  yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, 
bahagianya org itu.  Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki 
 
 
 kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak
  mustahil pula org yang memandu kereta mewah  (walaupun sebenarnya tak mewah)
 terpaksa membayar  lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi  jalan. 
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
 
 
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,  motosikal mencelah-celah
 hingga mampu berada jauh di  hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya 
kalau  aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu  dan cepat sampai ke 
tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan 
bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
 
 
 Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
 pasti ada  baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik  sebab ia 
dibenarkan oleh agama, 
sunnah Nabi, sebagai  saluran yang betul untuk melepaskan shahwat dia
 samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga  buruk sebab 
ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang
 menempah nerak  sebaik 
sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.  
 
 
 Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan  hubungan kelamin,
 tanggungjawab yang terpaksa dipikul  juga turut banyak? Bukankah apabila
 anda gagal  melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2  padahal dahulunya
 mereka bermati matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada 
yang sanggup  berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah  berkahwin dulu. 
 
 
Jika merasakan diri belum cukup ilmu  untuk bergelar ibu ataupun ayah,
 belajarlah dulu.  Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah  anak2, carilah 
dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin  dahulu sebabkenyataannya ramai 
yang tidak bersedia  untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh 
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. 
 
 
Berkahwin itu menjanjikan  pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya 
gelanggang  untuk mengukuhkanima, mencintai Tuhan dan menjadikan  syurga sebagai matlamat.
 Berkahwin itu sempadan dari  ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - 
 bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan 
dan mengikut kebiasaan.  
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan  datang menjemput, insyaAllah..tapi kalau tak
tiba tiba jugak maknanya kena la cari eh...hehe
namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

1 comment: