Saturday, September 17, 2011


Meminang Wanita Pinangan Orang Lain



Apakah hukumnya bercinta dengan tunang orang? Sianu memberitahu masalah dia dengan tunangnya dan saya muncul untuk memberi kasih sayang padanya dengan niat ikhlas dan suci dengan harapan dapat memperisterikannya satu hari nanti. Sekarang dia dah nak kahwin dan terpaksa kerana ibubapa telah buat semua persiapan. Untuk pengetahuan ustaz kami berdua berusaha dengan membuat sembahyang sunat dan berdoa dimalam hari supaya dihentikan perkahwinan itu dan agar tuhan menjodohkan kami satu hari nanti. Adakah sembahyang dan doa kami diterima? Apakah pandangan ustaz?


Diharamkan seseorang meminang pinangan orang lain kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecahbelah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Orang mukmin satu dengan yang lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

No comments:

Post a Comment