Wednesday, August 8, 2012

6 kelebihan orang yang berkahwin:



1. Telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya.
Dari Sahl bin Muaz al-Juhaini dari ayahnya dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah s.a.w, sesiapa yang memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah dan mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah dan bernikah kerana Allah maka sempurnalah imannya. (H.R. Ahmad)

2. Mengikuti sunnah Nabi-Nabi yang terdah
ulu.
Dari Abu Ayyub dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w "Empat perkara daripada perlakuan (sunnah) para Rasul: bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah." (H.R. Tirmidzi)

3. Menghindari larangan agama.
Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang hidup membujang. (H.R. Tirmidzi)

4. Menjadi umat yang dibanggai oleh Rasullullah s.a.w.
Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya. (H.R. Ibn Majah)

5. Melaksanakan sunnah Rasullullah s.a.w.
Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw "Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku. (H.R. Ibn Majah)

6. Mengelakkan maksiat.
“Hai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu mampu bernikah, hendaklah ia bernikah, kerana yang demikian itu amat menundukkan pemandangan dan amat memelihara kehormatan, barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu menahan nafsunya.” (H.R. Bukhari)

No comments:

Post a Comment