Perkahwinan memang kerana nafsu
Ada ramai anak gadis yang terperdaya oleh syaitan menganggap
perkahwinan kerana nafsu adalah keji. Hakikatnya perkahwinan sememangnya
dibina kerana nafsu, iaitu nafsu yang dipandu oleh panduan syarak. Ini
kerana jika nafsu itu tidak mengikut syarak maka dia akan berzina.
Nabi salallahualaihiwassalam bersabda, ' فِي بِضْعِ أَحَدِكُمْ
صَدَقَةٌ' Pada kemaluan kamu itu terdapat sedekah. [Riwayat Muslim] Ini
kerana kata baginda jika menyalurkan nafsu pada jalan yang haram itu
berdosa maka menyalurkan nafsu pada jalan yang halal itu pun mendapat
pahala.
Nafsu itu ada banyak jenis, nafsu mutma'innah, nafsu
lawwamah dan nafsu amarah bil suu'. Jangan pukul rata dengan mengatakan
sesiapa yang kahwin kerana nafsu itu jahat, keji, kotor sebabnya ia
adalah sunnah seperti hadith baginda yang menyebut, 'هلا بكرًا تلاعبها
وتلاعبك' Kenapa tidak menikahi anak dara agar kamu dapat bermain2
dengannya dan dia bermain-main dengan kamu? [riwayat al-Bukhari dan
Muslim]
Hadith di atas diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA
yang menyebut tentang keutamaan anak dara berbanding janda yang mana
keutamaan2 yang disebutkan dalam hadith-hadith itu semuanya SEMATA-MATA
DEMI MEMUASKAN NAFSU SECARA MAKSIMAL, TOTAL, SEPENUHNYA, SEPUASNYA,
SEBAIK-BAIKNYA, SEHABIS-HABISNYA kerana ia adalah halal dan banyak
riwayat-riwayat sunnah menyokong hal ini.
Inilah fitrah lelaki yang Allah jadikan, 'GET USED TO IT'...
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ
'Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang
diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis
emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak..[Ali-Imran:14]
Disebutkan di dalam hadith yang sahih, yang sahih, yang sahih, yang
sahih, yang sahih, yang sahih bahawa Nabi yang juga bertaraf Rasul iaitu
SULAIMAN alaihissalam berkata bahawa dia akan menyetubuhi 60-70
isterinya pada satu malam sehingga mereka hamil agar melahirkan anak
lelaki yang akan menjadi mujahid fisabilillah tetapi beliau terlupa
mengucapkan Insya'Allah dan beliau berhasil menyetubuhi mereka semuanya
namun cuma seorang yang hamil itu pun cacat. baginda rasulullah
bersabda, 'Kalau Sulaiman mengucapkan Insya'Allah nescaya mereka akan
lahir semuanya dan menjadi mujahid fisabilillah.' [riwayat al-Bukhari
dan Muslim BUKAN RIWAYAT NAQIBAH-NAQIBAH DAN/ AKAK-AKAK SENIOR]
Kemudian Allah sebut pula dalam al-Quran,
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
' Isteri-isteri kamu ialah ladang bagi kamu, datangilah mereka menurut cara yang kamu suka.' [Al-baqarah: 223]
Allahuakbar, ayat pasal seks ni ?? Ceritanya Umar al-Khattab RA, lelaki
yang mulia selepas Abu Bakar RA dan lebih mulia dari Pak Syeikh, Tuan
Habib, kakak-kakak senior, Prof Dr Murrabi, naqibah bla-bla....Umar RA
telah datang mengadu kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam bahawa
semalam dia telah melakukan seks dengan isterinya dengan cara
membelakangi isterinya. Dia sangka perbuatannya itu dosa maka turunlah
ayat ini. [riwayat Ahmad dan Tirmidzi]
Imam Al-Bukhari juga
meriwayatkan dari Ibnu Umar, dia berkata, "Ayat ini turun pada masalah
menjimak' istri dari arah belakang."
Jimak ini maksudnya seks,
seks ini kena ada nafsu jika tidak Zakar tidak dapat keras atau disebut
eraksi, kalau tiada nafsu sebab isteri berbadan kurap kerana tidak
pandai jaga kulit, atau kerana wanita ini pemalas jaga kecantikan tetapi
harap lelaki menikahinya semata-mata kerana 'alasan' TERIMALAH AKU
SEADANYA atau NIKAHILAH AKU KERANA AGAMAKU (walaupun hakikatnya tak
beragama mana pun harap pi usrah dan jemaah syok sendiri, hadith nabi
pun tak tahu dan sunnah pun jahil) Maka jimak tak sampai maksud, sukar
nak berlaku jimak atau kepuasan pada suami sedangkan itu hak suami dan
termasuk asas-asas pernikahan.
Akhir kata,
Marilah kita muhasabah apakah wanita tidak menikahi kerana nafsu?
1. Mahukah anak gadis belajar 'Medic' di Mesir, bernikah dengan PAK MAT
yang berusia 50 tahun ? Beliau imam masjid dan soleh....beragama.
Tak mahu ? Nak muda ? Itu nafsulah tu.
2. Mahukah anak gadis jadi nombor 4, berpoligami dengan ustaz yang alim, bertaqwa, soleh bla2...??
Tak mahu ? Mahu jadi isteri pertama saja ?? Itu nafsulah tu.
3. Mahukah anak gadis yang 'study Medic' di Mesir dan ikut usrah ini bernikah dengan Ramli penjual Tempe di Pasar malam ?
Tak mahu ? Mahu suami yang doktor juga, jurutera atau professional ? Itu nafsulah tu.
Perempuan pun banyak nafsu juga cuma CARA DAN BENTUK NAFSU lelaki dan perempuan berbeza.
Jangan mengeji apa yang kamu tak fahami, sebaliknya belajar bukan membodohkan diri !
-Ustaz Emran Ahmad
No comments:
Post a Comment