Friday, March 15, 2019

Cara meningkatkan semangat Di tempat kerja

Assalamualaikum.

Salam Jumaat.

Pada hari ini saya hendak menulis tentang serba sedikit cara-cara untuk meningkatkan semangat di tempat kerja.

mungkin ramai warga pekerja sekarang merasakan pekerjaan yang sedang mereka lakukan adalah amat membosankan, dan tidak kurang juga pada warga kerja yang tengah bersemangat dalam kerja.

ini adalah antara sedikit tips yang hendak saya bagi kepada anda.

1) Mulakan dengan bangun awal pagi untuk ambil mood. dan bagi orang lelaki dan islam, boleh lah pergi ke masjid untuk solat berjemaah. sebelum tu ingat, wajib lakukan solat sunat dua rakaat sebelum subuh kerana nabi pernah bersabda,

عن عائشة عن النبي قال (( ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها )). رواه مسلم. وفي رواية (( لهما أحب إلي من الدنيا جميعاً ))
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Dua raka’at salat Fajr lebih baik dari pada dunia dan seisinya.” [HR. Muslim] dalam riwayat lain dengan lafazh : “Sungguh kedua raka’at tersebut lebih aku cintai daripada dunia semuanya.”


Artikel ini telah tayang di Tribunjogja.com dengan judul 2 Rakaat Sebelum Subuh Lebih Baik Dibandingkan Dunia Seisinya, Ini Cara Melakukannya, http://jogja.tribunnews.com/2017/09/11/2-rakaat-sebelum-subuh-lebih-baik-dibandingkan-dunia-seisinya-ini-cara-melakukannya.
Penulis: dik
Editor: dik

Jadi, awal pagi lagi kita dah dapat sesautu yang melebihi isi langit dan bumi. so kita akan makin bersemangat pada hari tersebut.

2) Niatkan sebelum pergi kerja " aku bekerja kerana Allah" dan kita akan dapat pahala dalam kerja selagi kita tidak menipu dan rasuah waktu kerja.

3) Susun atur dan bersihkan kawasan tempat kerja, tidak kira di pejabat, cabin site, atas bangunan, bengkel dan sebagainya. susun barang supaya mudah di capai. bila mudah capai, mudah kita buat kerja dan tidak perlu memikirkan dimana barang barang tersebut.

4) Buat kerja dengan ikhlas dan fikir apakah kerja kita buat betul dan adakah pelanggan akan berpuas hati? tanya diri kita jika kita adalah pelanggan. buat kerja supaya kerja itu tidak perlu di buat dua kali

5) jangan ditangguh kerja, kerana kita tidak tahu apa akan berlaku akan datang. mungkin lagi banyak kerja nak datang. so buat persiapan supaya tidak stress.

6) Sentiasa tambah ilmu dalam bidang kerja, supaya kita faham apa yang kita buat dan perlu buat. supaya tidak tertunggu saja arahan. pekerja yang expert ialah multi task.

7) sesekali ambil cuti supaya boleh release tension dan tutup telefon.

8) Berlapang dada, biarlah kerja kita banyak, kerana apa usaha yang kita lakukan tidak sia-sia. kita ada Allah. dan sesungguhnya Allah akan membalas perbuatan baik dan buruk kita sesuai dengan amal yang kita lakukan.

9) berlapang dada jika tidak dapat hasil gaji yang setimpal. Allah akan beri rezeki kearah lain. Contoh kesihatan, anak yang bijak dan sihat, kereta tidak meragam.

10 ) dan yang penting jangan tinggal solat, kerana jika kita tinggal solat " SUIIIRRRR AKAN MENANTI" segala kerja yang kita buat tak jadi, hati tidak tenteram, terasa asik nak marah, tiada mood kerja. semua tu kita akan rasa bangang dan bodoh sangat. di sebabkan tinggal solat.

sekian sahaja.

No comments:

Post a Comment