Sunday, October 7, 2012

SYEIKH AHMAD DEEDAT-tokoh islam yang petah berbicara

ini sedikit biodata beliau yang saya ambil dalam internet..
sekali sheikh ni berdebat..ramai org memeluk islam..
beliau menghafal kitab bible, dalam berdebat,beliau pandai buat org kristian ragu2 dengan kitab bible kerana memang adat pun kitab bible diragui..biasa la paderi2 dulu putar belit sampai jadi kitab bible..
beliau mempunyai otak bergeliga dan genius..tak caya tgk dalam youtube..percakapan petah,laju..



Ahmad Hoosen Deedat atau lebih dikenali sebagai Syeikh Ahmad Deedat ataupun Syeikh Deedat dilahirkan pada 1 Julai 1918 di daerah Surat di India. Beliau bersama keluarga telah berpindah ke Afrika Selatan pada tahun 1927 di mana beliau mendirikan institut pengajian Islam pertama di Afrika Selatan. Beliau juga telah memegang jawatan presiden bagi IPCI (Islamic Propagation Centre International) yang meletakkan misi untuk menyebarluaskan mesej Islam ke seluruh dunia sebagai matlamat utama.

seorang ulama' yang pakar dalam perbandingan agama. Pernah memenangi King Faisal Award pada tahun 1986.


Syekh Deedat paling dikenali melalui sesi debat beliau dengan seorang paderi terkemuka Amerika, Jimmy Swaggart. Debat bertajuk “Is The Bible the Word of God” ini berlangsung di hadapan 8000 orang hadirin.

Di kalangan masyarakat Barat, Syeikh Deedat lebih dikenali sebagai seorang ulamak Bible berbanding ulamak Islam. Hal ini disebabkan pengetahuan beliau yang sangat mendalam mengenai bible. Melalui dakwahnya, Syeikh Deedat lebih banyak menggunakan Bible dalam berhujah terutamanya apabila berdepan dengan paderi-paderi Kristian. Pendekatan ini digunakan Syeikh Deedat adalah kerana sikap paderi-paderi Kristian yang umumnya enggan mengiktiraf sumber selain dari Bible.



Pada 3 Mei 1996, Syeikh Deedat telah diuji Allah s.w.t dengan penyakit lumpuh. Oleh yang demikian, Syeikh Deedat telah hilang kemampuan untuk bergerak dan bercakap. Dengan hanya berbekalkan keupayaannya untuk menggerak mata, Syeikh Deedat meneruskan hayatnya sehinggalah Tuhan menjemputnya pada 8 Ogos 2005. Saat-saat hidupnya digunakan hanya-sanya untuk dakwah Islam. Usaha Syeikh Deedat ini tetap berterusan walaupun beliau hanya mampu terbaring di atas katil. Mesej Islam semasa sakitnya tetap sama dengan mesejnya semasa sihat. Hujjahnya tetap kuat dan teguh dalam berhadapan dengan paderi-paderi yang datang melawat.

No comments:

Post a Comment