Entry dibawah adalah dicopy dari mana2 blog sebagai bahan bacaan.
Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah
a.w.j : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak
pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak
pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Beberapa Nikmat Syurga Secara Ringkas
1. Pohon Syurga
Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di
bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas
dari bayangnya)) Riwayat Muslim
2. Istana, Khemah dan Kamar Syurga
(Az-Zumar) 20. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada
Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya),
dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi
bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan
mengubah janji-janjiNya.
Sabda Rasullah s.a.w : ((Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli
kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari
ufuk timur atau barat, kerana kelebihan di antara mereka)) Para sahabat
bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang
lain?” Rasulullah bersabda: ((Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam
tanganNya- lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para
rasul)) Riwayat Muslim
3. Pasar Jumaat
Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh
penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin
dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali
kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan
kecantikannya…)) Riwayat Muslim
4. Sungai Syurga
(Muhammad: 15) Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang
Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari
air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu
yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat
bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu
yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis
buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.
5. Bidadari Syurga
(Ar-Rahman: 56). Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang
pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah
disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Sabda Rasulullah s.a.w: ((Sekiranya seorang wanita dari bidadari
penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap
yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman.
Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari
dunia dan seluruh isinya)) Riwayat Tirmizi.
6. Makanan dan Minuman Syurga
(Al-Waaqiah: 20) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
# AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENGATAKAN BAHAWA PENGHUNI SYURGA AKAN
DAPAT MELIHAT ALLAH. Itulah sebaik-baik nikmat syurga!. Semoga Allah
mengurniakan kita kenikmatan melihatNya!
(Al-Qiyaamah: 22) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; 23. melihat kepada Tuhannya.
#SABDA RASULULLAH S.A.W : ((SYURGA DIPAGARI DENGAN PERKARA YANG DIBENCI DAN NERAKA DIPAGARI DENGAN NAFSU)) Riwayat Muslim
No comments:
Post a Comment