assalamualaikum...
how are u?..amboih speaking...hari ni,kita bercakap soal politik sikit..marilah kita menyokong mana2 parti yang memperjuangkan islam,al-quran dan sunnah..bukan apa,pengakhiran kita pada Allah juga..jadi kita mestilah mengikut Al-Quran dan sunnah dan membuat apa2 kesukaan Allah..sebab apa?sebab pengakhiran kita pada Allah juga..ramai orang tak sedar semua ni. diorg leka dan alpa. biasa la tidak semua orang sempurna..orang yang memperjuangkan agama allah pun ada jgk salah silap..setiap manusia tidak lari dari kesilapan..tetapi,biarpaun ada kesilapan,diorg tetap memperjuangkan al-Quran dan sunnah. Allah maha pengampun..tapi kalau dah awal kita tolak sebahagian al-quran,adakah Allah suka?adakah Allah redha?mestilah tidak..tidakkah kita tahu pengakhiran kita pada Allah jua,bolehkan kita menempuhinya?tak akan terlepas daripada kemurkaan Allah..terimalah azab.
article ini menceritakan tentang ucapan raja nazrin yang saya kira tidak berat sebelah dan mungkin tuanku telah membuat sedikit kajian dengan mengambil berat faktor2 semasa dan sejarah kewujudannya.
KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja
Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri
yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.
PAS kini mempercayai
pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi
yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.
"PAS
kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan
politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif,
kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama
selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.
"Suara PAS
menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem
kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang secara
saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah,
masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang
memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata
ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.
Baginda bertitah
demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan
cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan
selepas ini.
PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun.
"Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam
UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti
politik sendiri," titahnya.
PAS telah melakukan pelbagai anjakan
untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan
untuk mengembangkan pengaruh.
"Dari organisasi yang amat daif,
menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO,
dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai
kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di
dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan
profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin
terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara
berdikari," titahnya.
Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat lima cadangan.
Pertama:
Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa
mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan
mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa
Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi
usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa
digadaikan, titah baginda.
Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa
mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah
terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama
selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan
yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan
tuntutan ummah.
Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam,
pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang
tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama,
berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran –
cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya
penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan
sumber kewangan negara.
Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan
dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi
penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin
berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari
ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak
goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral
yang bengis atau menteri yang berkuasa.
Kelima: Memahami dan
mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E
Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah
dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan
yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda.
No comments:
Post a Comment