lama tak update post dalam blog ni..moga pembaca sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmatNya..
hari ni saya nak update tentang buku yang saya beli menggunakan baucer..dah org bagi baucer kita ambil jaa..rezeki Allah bagi..jd perlulah berterima kasih kepada Allah dengan membantu menegakkan @ menyokong perjuangan islam..itulah tanda kita bersyukur kepada Allah s.w.t..
bila fikir2 semula rasa macam poyo je..beli2 buku,ambil gambar,post dalam blog or fb..semangat ambil gambar tu..terserlah kebudak budakan..tetapi hari ini saya hendak membawa kelainan sedikit supaya tidak terlalu nampak poyo..pokoknya sama sahaja iaitu ambil gambar post dalam blog..cuma ayatnya saya pusing2 sedikit bagi mengelirukan pembaca lalu pembaca memikirkan ini bukan poyo dan ini adalah pengkongsian ilmu..
nak belit mest pandai beb..hehehe..
perkara pertama yang saya fikir dalam kategori membeli buku ialah jenis buku2 ilmiah..bila lagi beb nak beli buku2 ilmiah?pengisian rohani penting untuk mengukuhkan keududukan rohani segajat..wahh ayat!!..
iye la, cuba bayangkan..keluar kerja waktu pagi dan balik waktu malam pada setiap hari tanpa pengisian rohani..tidakkah kita merasa kosong dan rugi apabila masa dan hidup disia2 kan hanya untuk dunia sahaja? setiap detik dan saat sisa2 hidup kita akan ditanya oleh Allah..sedangkan dakwat pen yang kita guna pun Allah akan tanya..masyaAllah..takut bila dengar2..apa aku nak jawab yang dulu aku lagho2 yang bukan kerana Allah..nanti apalah aku nak jawab nanti dihadapan Allah..aku pon bukanya baik sgt..sekarang pon masih buat benda2 lagho dan tak bermanfaat untuk mengisi masa lapang..
berbalik kepada awal..
ketika beli buku ni aku berharap agar apabila terbaca tentang syurga memberikan aku semangat dan kekuatan untuk istiqomah dan memberi ketakutan untuk melakukan perkara yang dilarang
kat umah aku dah baca buku ni..tp aku nak tau lebih detail lg tentang kehidupan di alam barzah..apa yang diorg tempuh apabila nyawa dipisahkan..moga alam barzah kita menjadi taman2 syurga dimana apabila baik dialam barzah,cerahlah peluang untuk ke syurga dan sebaliknya
buku ni my father suggest pada saya untuk membelinya..
kelihatan seperti novel english..ya betul..aku tak minat pun baca novel ni..tapi demi untuk mempelajari english terpasa aku gagahi..harap aku leh abis baca buku ni..
english penting bagi aku n kerjayaku kerana sudah semestnya ketika interview aku akan disoal dalam english..kalo tak dapat jawab terkangkang la ko sorang2
dan lastly buku fev aku ialah majalah kereta..jarang aku beli..slaluya adk2 aku beli then aku tumbang baca je..biase lah lelaki tidak dapat dipisahkan dengan meminati kereta2 sehinggakan menjadi bini nom dua..hehe
walaupun aku kelihatan skema2 skit..tetapi hatiku meminati kereta2 sport..macam mana gayanya ye aku pakai kereta turbo walhal muka seperti ulat buku..haha
aku pun banyak jugak nak kongsi pasal kereta kegemaran aku yang dirasai mampu dimiliki..nnt next post aku akan kongsi kalau berkelapangan..
sampai disini sahaja, saya mendoakan pembaca sentiasa dimurahkan rezeki..mendapat taufiq n hidayah Allah semoga cepat peroleh jodoh..yang sudah ada jodoh boleh tambah lagi..dan yang penting semoga Allah kurniakan jannah kepada kita semua..wallahualam
No comments:
Post a Comment