1) Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
2) Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk
mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
3) Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan
jika berada di luar.
4) Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
5) Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
6) Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
7) Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
8) Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
9) Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air
contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
10)Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam
dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah
tidak mengalir.
11) Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
12) Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
13) Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
14) Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
15) Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan
sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman
dan damai.
16) Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
17) Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati
orang lain.
18) Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
19) Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
20) Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
21) Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
22) Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
No comments:
Post a Comment