Wednesday, October 5, 2016

Cara Pembayaran PTPTN Melalui Akaun 2 KWSP

Assalamualaikum,

Di sini saya terpanggil untuk update tentang pembayaran PTPTN melalui akaun 2 KWSP sebagaimana yang pernah aku buat baru2 ini.

Di bawah adalah procedure yang perlu dilakukan bagi memudah kan pembaca semua.

1) Pergi ke pejabat KWSP dan buat i-akaun dulu. kalau tak ada i-akaun, duit tak boleh trasnfer. dulu saya tak tau, saya terus pergi ke pejabat PTPTN dan hanya akan membuang masa.

2) Baru lah pergi ke pejabat PTPTN. dan kerani sana akan setel kan untuk anda. Dalam masa seminggu, anda akan mendapat mesej daripada PTPTN supaya pergi ke pejabat KPWS untuk cop ibu jari.

Document yang perlu dibawa adalah transcript belajar dan salinan. pihak KWSP tiada mesin potostat ya. jadi sediakan awal2 salinan.

3) Selepas mendapat mesej dari pihak PTPTN, Pergi ke pejabat KWSP semua, dan buat cop ibu jari.
Sila bawa doc transcript dan salinan.

Dalam  masa 2 minggu, duit daripada akaun KWSP akan di transfer ke PTPTN.

4) Dan seterusnya, anda perlu pergi ke pejabat PTPTN untuk reschedule semula pembayaran anda.

bagi yang bayar penuh tak ada masalah.tetapi

bagi yang ada tunggakan, anda perlulah membayar minimum separuh daripada tunggakan, dan barulah boleh reschedule pembayaran bulanan dan juga tukar kepada ujrah bagi yang belum.

dengan setel pembayaran ini, nama anda dari CCRIS akan terhapus. ha ha ha.

Sekian terima kasih.

2 comments:

  1. Salam.. Saya berminat nak menjadi guru. Saya mengkaji pilihan2 laluan utk menjadi pendidik. Ttbe hati ini tergerak utk memilih guru vokasional. Boleh beri tunjuk jar dannpengalaman mengajar di sana. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam.. Saya berminat nak menjadi guru. Saya mengkaji pilihan2 laluan utk menjadi pendidik. Ttbe hati ini tergerak utk memilih guru vokasional. Boleh beri tunjuk jar dannpengalaman mengajar di sana. Terima kasih

    ReplyDelete