Pengalaman ini diambil dari kereta kancil dan suzuki swift.
Orang kata, belajar dari pengalaman adalah guru yang berharga. cuma terpaksa berhabis wang ringgit dulu kan.
Saya tak tahu kenapa compressor terlalu sensitif. adakah salah pomen kereta? tetapi pomen tak sentuh & tak buka pun komponen compressor.
Pada tahun 2005, ayah saya servic air cond kereta produa kancil, kerana sejak beli dari tahun 2002, air cond tidak pernah service. terdetik dalam hati nak servic supaya air cond terbaik.
selepas service, compressor pulak rosak. air cond jadi panas. dan terpaksalah ayah saya tukar compressor. dan selepas pada itu, ayah saya mengeluarkan pendapat kepada saya, tak perlulah service air cond. nanti takut compressor rosak. kah kah kah.
Tapi aku fikir mungkin kebetulan saja terjadi. orang lain service air cond tak ada dengar pun compressor rosak.
Pada tahun 2011, Kereta kancil ayah saya telah rosak gear box, dimana gear 5 tak boleh masuk. dan bila ada budget, ayah saya pun hantar kedai untuk tuka sebiji gear box. harganya ialah rm1000.
bila siap je tukar gear box, compressor rosak lagi. sensitif betul lah compressor ni. sebelum bukak tak rosa, lepas bukak je dah rosak. berpanas lah semula sampai 6 @ 7 bulan. baru lah tukar compressor baru.
kini terjadi pula pada kereta suzuki swift yang saya sayangi.
bermulanya apabila casing cooling coil (evaporator) pecah. kereta ni saya beli second, mungkin pemilik asal telah service air cond, dan semasa membuka evaporator casing, keretakan berlaku dan mereka mengambil jalan mudah untuk menampal dengan silicon sahaja.
Casing Evaporator
Kelihatan casing lama sudah pecah.
Sungguh mulia hati pemilik dahulu buat macam tu kat saya.
nak dipendekkan cerita, saya tukar yang baru 1 set dengan harga RM350.
manakala upah buka dash bord adalah RM300
Upah service, cuci blower, masukkan gas adalah RM100.
Jumlah kesemuanya ialah RM750.
Casing Evaporator baru.
Tetapi, ada masalah kedua dimana apabila di buka air cond, terdapat bunyi bising seperti ada sesuatu bergesel. saya pergi semula ke bengkel untuk mengetahui sebab nya. pomen check dan test, dia bagitau itu adalah kerosakan pada compressor. padahal tak sentuh langsuh compressor. begitu manja sungguh.
terpaksa lah saya tukar compressor baru yang recond berharga RM400, dan upah RM50. jumlahnya RM450.
Jadi total saya sudah belanjakan untuk bulan ini adalah RM1200.
Tak apalah, demi untuk kereta yang banyak berjasa, dan telah aku bawak merata2.
sekian..
No comments:
Post a Comment