Wednesday, September 8, 2021

Cara pindah / padam Dependent (tanggungan) MySejahtera


Rata-rata pengguna MySejahtera menghadapi masalah dan kesukaran apabila pengguna mendaftarkan MySejahtera dengan menggunakan akaun orang lain seperti Suami.

Keadaan ini menyukarkan pengguna tersebut untuk menggunakan applikasi tersebut apabila hendak ke suatu tempat seperti pasar ataun pun kedai.

Jadi, Kerajaan telah memudahkan pengguna MySejahtera untuk memindahkan tanggungan (Dependent).


1.Buka Apps MySejahtera

2. Tekan di COVID-19 Vaccination




3. Setelah tekan COVID-19 Vaccination, tekan maklumat dependent dan PADAM. Selesai!!



4. Sekarang pergi ke akaun MySejahtera TANGGUNGAN, tekan pada COVID-19 Status



5. Kemaskini status pada akaun MySejahtera TANGGUNGAN.


6. Setelah selesai kemaskini akaun MySejahtera TANGGUNGAN. pergi ke PROFILE dan Refresh. 


7. Selesailah pemindahan akaun Mysejahtera Anda. 

8. Jangan risau, segala data-data Vaksinasi anda tidak akan hilang malah turut dipindahkan pada akaun baru.

Selamat Mencuba dan semoga berjaya.




Tuah Dato Azizulhasni Awang yang berusia 33 tahun kini bergelar Pensyarah Universiti Gred DS45/51/53

 TANJUNG MALIM: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang kini bergelar pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Surat tawaran jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45/51/53 itu diserahkan sendiri oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Md Amin Md Taff kepada pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu dalam satu majlis ringkas di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, Proton City di sini pada Isnin.
Dalam majlis itu, Azizulhasni turut menerima dokumen berbentuk surat tawaran biasiswa melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah.
“Azizulhasni dipelawa melanjutkan pengajian pascasiswazah dengan tajaan Biasiswa Bitara Pasca Siswazah peringkat sarjana selama dua tahun bernilai RM42,225 atau PhD selama tiga tahun bernilai RM103,700.
Bayangkan berapakah gaji selepas Dato Azizulhasni awang selepas jadi pensyarah UPSI dan Elaun pingat emas?
1.Pensyarah Universiti Gred DS45/51/53 : RM4,000~RM5,000 / bulan
2.Elaun beberapa pingat emas sepanjang karier: RM10,000 ~ RM 15,000 / bulan
Jumlah semua kemungkinan Dato Azizulhasni Awang akan terima RM20,000 / sebulan.
Gaji Dato sudah setaraf Lembaga Pengarah. Wow!!
Alhamdulillah, tuah ayam nampak di kaki, tuan manusia siapa tahu kan?
Tahniah Dato Azizulhasni Awang.

Terkini : Dua lelaki bergaduh di PPV (pusat pemberian vaksin) dipercayai mabuk.

 Baling: Polis menahan dua lelaki terbabit dalam pergaduhan dan ugutan jenayah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil, di sini, hari ini.



Ketua Polis Kedah Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, dalam kejadian pada 11.45 pagi itu, seorang lelaki dipercayai mabuk dan membuat kacau dengan memandu kereta secara melulu serta membuat aksi 'drift' di kawasan letak kereta di PPV berkenaan.

Tuesday, September 7, 2021

Empat beranak rentung dipenampang pada 7 September 2021 (ulasan kebaikan dan keburukan rumah dua tingkat)

Seperti yang sedia kita maklum, pada hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita tragis iaitu kebakaran rumah dua tingkat yang mengakibatkan kemalangan jiwa iaitu empat (4) beranak rentung. 

kejadian tersebut berlaku di penampang iaitu di Taman Hungab, Jalan Nosob, bahagian Pantai Barat Sabah dimana ketika itu mangsa sedang tidur pada jam 2.30 pagi. Paling tragis ia meragut satu keluarga iaitu sepasang suami isteri serta dua anak mereka terkorban. tak boleh bayangkan betapa sedihnya ahli keluarga, Datuk & nenek mereka. 


Dikatakan mereka duduk di kediaman rumah teres dua tingkat. Sepertimana yang kita maklum, apabila berlaku kebakaran di rumah teres dua tingkat, satu jalan sahaja yang ada untuk kita guna iaitu kita perlu melalui fasa turun tangga dan keluar melalui pintu hadapan atau pintu belakang. keadaan ini akan menyebabkan penghuni rumah memerlukan sedikit masa untuk keluar dan dianggarkan situasi tersebut berada dalam keadaan panik.

SENARAI WORKSHOP² YG MESRA SUZUKI

Mohon comment jika ada lagi Wokshop yang anda tahu.


SENARAI WORKSHOP² YG MESRA SUZUKI


SELANGOR


Genuine Auto Service (KAJANG)

 C .W Tan 0126830396 


Finework Garage Enterprise (SHAH ALAM) Stephen Loh 0173888411 

                                    

Pakar Kereta Suzuki (BANGI)

Syah  0139295129.  


MBA Unggul (BATU CAVES)

Korie  0175441244. 


DRN Kaiso Auto Garage (KLANG)

Derrick  0189009046. 


Akm41 Garage (SG. BULOH)

Akmal Boon 0124800778. 


XD-Autowerks Sdn Bhd. (KEPONG)

Kent Goh 0192668138. 


For parts

Saiheng autopart (Puchong)

016-6046500


Yusmizan (Kepong)

012-3872630


Ahmad Sufi Osman (Sungai Buloh)

012-3965589


Zuhairi Isa (Shah Alam)

0172620203


PERAK

 

Irfan Iman Autopart (MANJUNG)

Irfan Iman  01125492461. 

                              

Nikaijaya LWS Sdn.Bhd. (IPOH)

Sunny Gomez  0165016230. 


PENANG/KEDAH


Wan T kamaruddin 0183545081


JOHOR


Nasaruddin Chai (JOHOR BAHRU)

0167309975. 


KELANTAN


Ahmad Saifuddin (TANAH MERAH)

0104050339. 


TERENGGANU 

 

Swift Tune Auto Service (KT)

Akim  0139589878. 


PAHANG

 

MSA Motorsport (KUANTAN)

Aswad Wad  0172008141.

link Alqur'an 30 juz

Ini link murottal Al-Qur’an 30 juz tanpa harus download, tinggal play saja.

Juz 1 ⇨ http://j.mp/2b8SiNO

Juz 2 ⇨ http://j.mp/2b8RJmQ

Juz 3 ⇨ http://j.mp/2bFSrtF

Juz 4 ⇨ http://j.mp/2b8SXi3

Juz 5 ⇨ http://j.mp/2b8RZm3

Juz 6 ⇨ http://j.mp/28MBohs

Juz 7 ⇨ http://j.mp/2bFRIZC

Juz 8 ⇨ http://j.mp/2bufF7o

Juz 9 ⇨ http://j.mp/2byr1bu

Juz 10 ⇨ http://j.mp/2bHfyUH

Juz 11 ⇨ http://j.mp/2bHf80y

Juz 12 ⇨ http://j.mp/2bWnTby

Juz 13 ⇨ http://j.mp/2bFTiKQ

Juz 14 ⇨ http://j.mp/2b8SUTA

Juz 15 ⇨ http://j.mp/2bFRQIM

Juz 16 ⇨ http://j.mp/2b8SegG

Juz 17 ⇨ http://j.mp/2brHsFz

Juz 18 ⇨ http://j.mp/2b8SCfc

Juz 19 ⇨ http://j.mp/2bFSq95

Juz 20 ⇨ http://j.mp/2brI1zc

Juz 21 ⇨ http://j.mp/2b8VcBO

Juz 22 ⇨ http://j.mp/2bFRxNP

Juz 23 ⇨ http://j.mp/2brItxm

Juz 24 ⇨ http://j.mp/2brHKw5

Juz 25 ⇨ http://j.mp/2brImlf

Juz 26 ⇨ http://j.mp/2bFRHF2

Juz 27 ⇨ http://j.mp/2bFRXno

Juz 28 ⇨ http://j.mp/2brI3ai

Juz 29 ⇨ http://j.mp/2bFRyBF

Juz 30 ⇨ http://j.mp/2bFREcc

Sila disebarluaskan semoga menjadi amal jariyah bagi kita semua..

kredit pada : jipskelantan

9 Skop Kerja Guru yang tidak ramai orang tahu

 Dewasa ini, ramai dikalangan rakyat malaysia terutama golongan belia, pelajar ipta/ipts mahupun ibubapa, atau pun warga emas yang tinggal di desa tidak lah begitu memahami tugas-tugas guru. Malah ada juga penjawat awam yang berkerja selain bidang guru juga tidak begitu tahu tentang asas tugas sebenar seorang guru. Mungkin hanya terdengar cakap-cakap orang atau pun pendapat sendiri.

 

Hal ini akan menimbulkan pelbagai persepsi tentang kehidupan seorang guru dan lebih merumitkan persepsi tersebut bersifat negetif. Sebenarnya, gaji seorang guru atau pun penjawat awam tidak begitu tinggi jika dibandingkan dengan pekerja swasta, ini kerana gaji seorang guru perlulah bermula dari bawah dan tidak boleh di nego seperti pekerja swasta berdasarkan pengalaman yang sedia ada.

 PPP (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan), merupakan nama penuh jawatan bagi seorang guru, dimana ia adalah bertaraf (pengurusan profesional). jika hendak dibandingkan dengan penjawat awam dalam bidang beruniform, PPP DG41 kalau tidak keberatan boleh lah untuk disamakan dengan jawatan Inspektor / leftenan di mana jawatan tersebut mempunyai tangga gaji yang sama dengan guru Gred 41. 

Berbalik kepada topik asal artikel ini, terdapat:-

9 skop kerja guru yang ramai orang tidak tahu.

1. Bertanggungjawab sepenuhnya 100% dalam sesi pdp ( pengajaran dan pembelajaran). 

 Maksud guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam sesi pdp ialah, guru perlu memastikan pelajar mendapat sesi pembelajaran & pemahaman yang unggul di dalam kelas sehinggalah silibus tamat. hal ini kerana, pemahaman pelajar perlu dibawah tanggungjawab guru. Lebih-lebih lagi pada zaman serba moden dan canggih ini, ibu bapa sentiasa peka dengan pdp anak-anak mereka, sudah pasti guru akan dipersoal jika anak mereka tidak cemerlang dalam mata pelajaran tersebut. Jadi mahu tidak mahu, guru pada zaman moden ini perlu memikirkan strategi / cara untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran yang diajar tersebut. Bukan sahaja guru akan ditekan oleh para ibu bapa, bahkan guru juga akan ditekan oleh pihak Pentadbir dan perlu memberi justifikasi apabila pelajar mereka tidak cemerlang atau pun gagal.

2. Membantu dan memastikan pelajar kekal lulus & cemerlang.

 Setiap guru mempunyai sasaran / target peribadi iaitu untuk memastikan pelajar mereka sentiasa lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran yang diajarnya. Walau apa pun cara dan kaedah, seorang guru akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pelajar mereka lulus seperti mana kita lihat di dalam berita seorang guru sanggup mengambil pelajar dari rumah untuk memastikan pelajarnya menghadiri peperiksaan. Tahukah anda, apabila semua pelajar guru lulus, guru tersebut akan dapat markah prestasi yang tinggi diatas kejayaan tersebut dan ia sebagai salah satu syarat untuk kenaikan gaji tahunan dan kenaikan pangkat mengikut time base. Jadi tidak hairanlah seorang guru bertungkus lumus untuk mengadakah kelas tambahan bagi menambahkan pemahaman pelajar walaupun tidak dibayar kerja lebih masa (OT).

3. Perlu terlibat aktif di sekolah dan menghadiri mesyuarat

 Sememangnya tugas guru pada abad ke 21 ini adalah lebih mencabar dimana disamping tugas hakiki guru mengajar, guru juga wajib untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Pentadbir. Sebagai contoh seorang guru disamping tugas mengajar, seorang guru akan terlibat dengan aktiviti mesyuarat yang dianggarkan paling kurang sebanyak 2 kali seminggu atau lebih lagi. Kebiasaan pihak pentadbir akan mengadakan mesyuarat pada sebelah petang supaya tidak mengganggu sesi pdp.

4. Perlu mengulangkaji matapelajaran yang akan diajar sehari atau beberapa jam sebelum sesi pdp.

 Asasnya, seorang guru akan mengulangkaji mata pelajaran yang akan diajar sebelum sesi pdp bagi meningkatkan pemahaman dan kelancaran sesi pdp. Selain itu, setiap guru perlu membuat perancangan pengajaran (RPH) supaya tajuk yang diajar tidak tertinggal dan sentiasa dalam landasan. Hal ini kerana bagi mengelakkan seorang guru merapu-rapu ataupun hilang idea ketika sesi pdp. Keadaan ini akan mengambil masa guru dimana kemungkinan akan menghabiskan sisa hujung minggu untuk membuat rancangan pengajaran bagi melancarkan sesi pdp. 

5. Mempunyai jadual yang padat dan wajib mengadakan aktiviti besar setiap tahun.

Antara aktivti yang wajib bagi sesebuah sekolah ialah Sukan Tahunan, Merentas Desa, Bulan Kemerdekaan, Sambutan Hari Guru, Program ihya Ramadhan, Peperiksaan Semester pertama, Peperiksaan Akhir tahun, Majlis Konvokesyen, Jamuan Hari Raya, Jamuan Akhir Tahun, Program Berbuka Puasa, Perkemahan bersepadu, Program gotong royong, Sambutan Maulidurasul dan banyak lagi. Setiap tahun jadual seorang guru akan padat dengan penglibatan program-program tersebut dan pentadbir akan mewajibkan guru-guru untuk membantu dalam menjayakan program tersebut. Setiap guru akan diberi tugas-tugas khas dalam program yang dianjurkan melalui mesyuarat. Keadaan ini akan berlangsung setiap tahun dan guru-guru akan berehat pada cuti akhir tahun dimana cuti tersebut tidak akan diganggu oleh pendtadbir. Pada cuti bulan march, cuti pertengahan semeter dan cuti pada bulan september, kebanyakan sekolah akan diganggu oleh pihak pentadbir untuk persediakan program seterusnya. Semua program tersebut merupakan KPI kepada pentadbir yang diberikan oleh pihak atasan dan tidak perlulah kita menyalahkan pentadbir kerana itu adalah tugas mereka. Kita sebagai guru perlulah menyahut dan menyokong.

6. Perlu menjaga keterampilan dan berakhlak.

 Antara tugas guru yang semua orang tidak tahu ataupun sudah kian ditinggalkan oleh guru sendiri ialah menjaga keterampilan diri dan sentiasa kemas dari segi perwatakan dan juga pemakaian. Hal ini kerana, seseorang guru adalah merupakan ikon kepada sesuatu komuniti / masyarakat, jadi kekemasan adalah salah satu tugas seorang guru yang perlu dilaksanakan supaya dapat menanamkan sifat hormat pada anak murid dan komuniti. Selain itu, guru perlulah mempunyai akhlak yang baik yang patut dicontohi iaitu tidak merokok, tidak bermain judi, tidak melakukan maksiat dan sebaiknya seorang guru haruslah mendekatkan diri dengan Masjid atau Surau.

7. Perlu menambah ilmu dari semasa ke semasa.

 Seorang guru diwajibkan untuk menjalani kursus sekurang-kurang 7 hari setahun untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana seorang guru pelu belajar dari semasa ke semasa untuk menambahkan ilmu pengetahuan sesuai dengan status seorang guru iaitu menyampaikan ilmu pengetahuan. Selain itu, ramai guru mempunyai inisiatif sendiri untuk sambung belajar ke peringkat sarjana dan Phd dengan menyertai skim yang telah ditawarkan oleh KPM. Hal ini memberi kemudahan kepada guru tersebut untuk menambah ilmu sekaligus dapat menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk menyambung pelajaran tanpa menggunakan wang gaji yang diperolehi.

8. Guru perlu celik IT & Komputer.

 Pada zaman Komputer dan IT kini, profesion guru juga tidak terlepas apabila turut terkena tempias dimana segala kerja-kerja yang perlu ditempuhi oleh guru sedikit sebanyak melibatkan Internet. keadaan ini memberi kesan kepada guru-guru yang senior untuk kembali belajar tentang penggunaan komputer dan internet. Lebih-lebih lagi pada zaman pendemik Covid-19, semua tugas, pdpr menggalakkan penggunaan internet dan komputer sehinggan 100% kerja perlu bergantung kepada internet. Kepada generasi baru, mungkin ia tidaklah sukar untuk mengadaptasi perubahan tersebut, malah ia turut boleh berkongsi ilmu dengan guru-guru senior.

9. Guru & kerja pengkeranian.

Seorang guru tidak boleh lari dengan kerja-kerja pengkeranian disamping kerja hakiki yang ditanggung. Kerja pengkeranian ini sangat membebankan guru dimana tugas guru tersebut berterusan dan tiada pengakhiran walhal tugas tersebut sudah dibawa balik ke rumah. Antara contoh guru mempunyai banyak fail yang perlu diwujudkan selain fail peribadi, fail portfolio, fail kursus, fail pembelajaran, fail matapelajaran, fail aset, fail audit, fail rancangan pengajaran dan banyak lagi fail yang tidak dapat disebut. 

Kesimpulan

 Sebagai kesimpulannya, tidak keterlaluan saya nyatakan bahaya tugas penjawat awam yang bergelar guru boleh dikatakan setanding dengan tugas pegawai di syarikat swasta dimana beban kerja yang ditanggung oleh guru ialah bersifat pelbagai. Saya berpendapat melalui pengalaman yang pernah saya lalui dimana, ada kalanya kerja disyarikat swasta melalui proses tekanan dan ada kalanya lengang dari tekanan. Tidak semua keadaan dimana kita berkerja melalui fasa tekanan berpanjangan. Bak kata pepatah, "setelah gelap, adanya sinar" , " setiap kesusahan, pasti ada kesenangan dan setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaian.