Tuesday, September 7, 2021

Empat beranak rentung dipenampang pada 7 September 2021 (ulasan kebaikan dan keburukan rumah dua tingkat)

Seperti yang sedia kita maklum, pada hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita tragis iaitu kebakaran rumah dua tingkat yang mengakibatkan kemalangan jiwa iaitu empat (4) beranak rentung. 

kejadian tersebut berlaku di penampang iaitu di Taman Hungab, Jalan Nosob, bahagian Pantai Barat Sabah dimana ketika itu mangsa sedang tidur pada jam 2.30 pagi. Paling tragis ia meragut satu keluarga iaitu sepasang suami isteri serta dua anak mereka terkorban. tak boleh bayangkan betapa sedihnya ahli keluarga, Datuk & nenek mereka. 


Dikatakan mereka duduk di kediaman rumah teres dua tingkat. Sepertimana yang kita maklum, apabila berlaku kebakaran di rumah teres dua tingkat, satu jalan sahaja yang ada untuk kita guna iaitu kita perlu melalui fasa turun tangga dan keluar melalui pintu hadapan atau pintu belakang. keadaan ini akan menyebabkan penghuni rumah memerlukan sedikit masa untuk keluar dan dianggarkan situasi tersebut berada dalam keadaan panik.


Keadaan asap yang tebal akan menyukarkan lagi pergerakan untuk keluar dari rumah. Mangsa kemungkinan kelemasan apabila menghidu asap tebal dan ini memungkinkan mangsa akan tetap berada dalam keadaan asal menunggu sehingga bantuan tiba.

Saban hari kita temui di dada akhbar berita tentang kematian yang menyayat jiwa tentang kebakaran rumah dua tingkat, kebakaran pusat tahfiz dua tingkat dan sebagainya yang mengakibatkan korban jiwa. Disini saya nak ulas kebaikan dan keburukan rumah dua tingkat yang perlu kita ketahui sebelum membuat penialaian atau keputusan untuk membeli rumah.

Kebaikan rumah dua tingkat :-

1) Ruang tamu dan ruang makan kelihatan besar dan kemas. Mudah untuk tuan rumah membuat decorasi pada bahagian bawah.

2) Ruang udara tingkat bawah begitu nyaman, tidak panas dan dalam keadaan sejuk serta kondusif pada siang hari. Sesetengah kawasan tidak memerlukan penyamanan udara kerana keadaan udara pada sebelah siang hari agak sejuk.

3) Suasana ditingkat bawah tidak tertumpu pada penghuni sepanjang masa, keadaan ini akan menyebabkan keadaan rumah sentiasa kemas, tidak bersepah kerana penghuni akan berada dibilik pada pada jangka waktu masa yang lama untuk tujuan rehat dan tidur. (tingkat atas)

4) Mempunyai tangga akan melatih menguatkan otot2 peha dan kaki, ia akan memberi kesihatan kepada penghuni sepanjang masa.

5) Mempunyai privasi yang cukup apabila ruang bilik berada di tingkat atas dan tidak bercampur dengan ruang tamu, lebih-lebih lagi apabila rumah dikunjungi oleh tetamu.

Keburukan rumah dua tingkat :-

1) Perlu melalui jalan yang jauh iaitu menuruni tangga untuk keluar rumah.

2) Berisiko ketika kebakaran dan penghuni perlu keluar segera. Risiko menuruni tangga juga bagi penghuni yang mempunyai anak-anak kecil dan juga warga emas.

3) Terlalu banyak privasi dan tidak dapat memantau pergerakan anak-anak diruang bawah sepanjang masa.

4) Dikhuatiri mudah untuk dimasuki pencuri apabila lupa menutup pintu rumah.

5) kos pembaikpulih (maintenance)  agak tinggi apabila kebocoran tangki air, kebocoran atap dan sebagainya.

Tips keselamatan untuk mengelakkan kebakaran rumah.

1) Setiap rumah perlu ada alat pemadam api yang diletakkan berhampiran dengan bilik tidur dan dapur bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

2) Pastikan Gas di dapur tidak bocor dan periksa dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kebakaran. Sebelum menghidupkan api di dapur gas, pastikan tingkap dapur dibuka terlebih dahulu lebih kurang 5 minit untuk memastikan pengudaraan bersih dan tiada risiko kebocoran gas.

3) Pastikan peralatan elektrik yang digunakan mempunyai pelekat sirim.

4) Elakkan menggunakan soket tambahan pada peralatan elektrik yang memerlukan elektrik yang tinggi.

5) Amalkan menutup suiz apabila selesai menggunakan

berita tersebut diperolehi dari Hmetro https://www.hmetro.com.my/utama/2021/09/751861/empat-beranak-rentung-metrotv

No comments:

Post a Comment