Wednesday, September 8, 2021

Tuah Dato Azizulhasni Awang yang berusia 33 tahun kini bergelar Pensyarah Universiti Gred DS45/51/53

 TANJUNG MALIM: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang kini bergelar pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Surat tawaran jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45/51/53 itu diserahkan sendiri oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Md Amin Md Taff kepada pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu dalam satu majlis ringkas di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, Proton City di sini pada Isnin.
Dalam majlis itu, Azizulhasni turut menerima dokumen berbentuk surat tawaran biasiswa melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah.
“Azizulhasni dipelawa melanjutkan pengajian pascasiswazah dengan tajaan Biasiswa Bitara Pasca Siswazah peringkat sarjana selama dua tahun bernilai RM42,225 atau PhD selama tiga tahun bernilai RM103,700.
Bayangkan berapakah gaji selepas Dato Azizulhasni awang selepas jadi pensyarah UPSI dan Elaun pingat emas?
1.Pensyarah Universiti Gred DS45/51/53 : RM4,000~RM5,000 / bulan
2.Elaun beberapa pingat emas sepanjang karier: RM10,000 ~ RM 15,000 / bulan
Jumlah semua kemungkinan Dato Azizulhasni Awang akan terima RM20,000 / sebulan.
Gaji Dato sudah setaraf Lembaga Pengarah. Wow!!
Alhamdulillah, tuah ayam nampak di kaki, tuan manusia siapa tahu kan?
Tahniah Dato Azizulhasni Awang.

No comments:

Post a Comment