Tuesday, July 16, 2013

AMALAN DIBULAN RAMADHAN


Assalamualaikum...w.b.t.

Alhamdulillah..sudah cukup seminggu kita berpuasa. apa perasaan korang semua?seronok?penat?.. tepuk dada dan tanya iman tentang perasaan kita apabila kedatangan bulan penuh barakah ini. kira2 seminggu sebelum berpuasa saya ada menghadiri kuliah di surau at-taqwa seksen 7,shah alam dimana seorang ustaz dari gombak memberi kuliah magrib yang pada kiraan saya penuh manfaat.

so disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang kuliah tersebut. mujur la sempat salin kt hp..kalo tidak mesti dah lupa..hehe.. maklumlah tet...tet..tet..

seingat saya name ustaz tu Dr Azhar. beliau memberi kuliah bertajuk amalan dibulan puasa.
antara amalan yang harus dibuat dibulan puasa ialah :

1) membaca Al-Quran dan juga bertadarus
2) melakukan solat2 sunat
3) iktikaf didalam masjid
4) perbanyakkan sedekah
5) solat tahajud
6) selalu berzikir,beristighfar,memuji kebesaran Allah
( jika boleh setiap saat dibulan ramadhan. itu mungkin wali2 Allah..hehe..tapi kalau kita boleh apa salahnya. kejayaan yang besar bukan melepasi everest. tetapi ini juga adalah kejayaan yang besar. wallahualam)
7) solat dhuha

didalam kuliahnya banyak mengupas tentang solat dhuha..xsompek eh nak ngupas bab2 lain..maso xbanyak kot..
solat dhuha sangat bagus dilakukan dibulan puasa dimana ia merupakan antara sedekah kita kepada Allah.

keutamaan solat dhuha ialah mencukupkan sedekah sebanyak persendian manusia, yaitu 360 persendian, sebagaimana dijelaskan dalam hadits:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى. (أخرجه مسلم).

Dari Abu Dzar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau telah bersabda: "Di setiap pagi, ada kewajiban sedekah atas setiap persendian dari salah seorang kalian. Setiap tasbiih adalah sedekah, setiap tahmiid adalah sedekah, setiap tahliil adalah sedekah, setiap takbiir adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah. Dan dapat memadai untuk semua itu, dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha"

ada diantara kita selalu mempersoalkan solat dhuha. sebagai contoh si fulan tidak pernah solat dhuha tapi tetap kaya. so apakah jawapan yang perlu diberi kepada brader lapa penampaq ni..hehe...

jawapan yang diberi oleh ustaz Dr Azhar ialah berbentuk :

dihujung kampung terletak jauh dipedalaman seorang peniaga bekerja menyara keluarga dengan menanam pokok lada. hamba Allah ini menanam pokok lada dengan menggunakan benih dari biji lada.
takdir Allah ketika hamba Allah ni hendak mematahkan lada untuk mengambil biji lada untuk ditanam, satu biji lada jatuh ketanah dalam keadaan terlangkup dan tergolek dop (ni aku tambah daa).

maka tumbuh la biji lada yang jatuh tersesat lagi tanpa dibajai dan diawasi. walaupun tidak dibajai, ia tetap tumbuh sebagai pokok lada dan berdiri gah, kemerahan2 menyala disamping pokok2 kecil yang lain tanpa disedari tuannya.

lain pula dengan pokok lada yang ditanam oleh tuannya sendiri dimana dibajai subur, dijaga dengan rapi,diracun serangga, diawasi serta tido pun disebelah pokok lada..keh3..akhirnya pokok lada itu tumbuh lebih gah dan lebih cantik tertarik menarik kau memang...buahnya lebat,merah, pokoknya ibarat urat dawai tulang besi, bunganya hijau menawan serta sihat walafiat. berbanding dengan pokok yang tumbuh sendiri tanpa dibajai hanya sekadar cukup syarat sahaja hendak tumbuh.

begitulah juga dengan kita manusia. apabila seseorang itu sudah pun kaya, tetapi jika diamalkan solat dhuha maka lagi lagi lagi lagi lagi bertambah lah kayanya seperti pokok lada tadi. ada nampak?

dan yang last sekali bab sedekah. ajarlah diri kita selalu bersedekah. jinakkan hati dengan melakukan sedekah..walaupun tidak punya harta, cukup lah bag sedikit sahaja walaupun sedikit dan yakin lah kerana Allah akan membayar 10 kali ganda.

amatlah salah apabila kita menganggap tidak perlu sedekah jika tidak punya harta. itu adalah org yang tidak yakin dengan janji Allah

cara mengajarknya sebagai contoh yang Dr Azhar bagi ialah apabila beli dipasar contoh membeli sayur, jika beli dengan makcik tua @ sbgainya..bila kita bagi duit lebih apa salahnya sedekahkan baki kepadanya.
dah la makcik tua, nak bagi duit baki pun tak ada, kita duk tunggu lagi sampai makcik tu bagi baki duit..baki pulak tu 20 sen je.. apa salah bersedekah kn?kesian makcik tua tu. dan tak perlulah nego kepada penjual seperti makcik tua. ajarlah diri berjinak dengan bersedekah.

pesanan kepada diri saya sendiri juga.. wallahualam.

Tuesday, July 2, 2013

pantang larang bakal pengantin

1) Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

2) Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

3) Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

4) Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.

5) Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

6) Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

7) Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

8) Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

9) Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

10)Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

11) Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

12) Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

13) Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

14) Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

15) Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

16) Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

17) Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.

18) Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

19) Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

20) Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.

21) Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

22) Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

Wednesday, June 26, 2013

telatah kucing ku yang comel

assalamualaiku...

hai. bertemu lagi ketika ini. dah lama rasanya saya tidak update blog dengan menulis sendiri dengan bertunjangkan dua belah tangan, berbekalkan 10 jari. bermadah pulak..hehe.. Today I want to story mory about my cats. Generally, I really love cats. kalau jumpa kat mana-mana mesti saya akan gosok kucing tu. kalau kucing tu bersih saya ambil. kalau kucing kurap cuma gosok guna kaki jerk.





Video diatas ni ialah anak kucing. yang comelnya kucing ni isap tangan aku derr..keh3..untuk pengetahuan korang berdasarkan pengalaman saya, kucing diusia beginilah yang akan jilat tangan tuanya. kalau dah besar tu puas la ko hulur tangan. tak kan dijilatnya. di antara sebabnya ialah kucing ini sedang mengenal dunia. macam kita la ketika waktu remaja. ada yang remajanya terdapat kenangan manis dan ada yang remajanya penuh kenangan hitam.

mari aku nak huraikan apa maksudnya kenangan manis ketika remaja. kenangan manis bukan bermakna ada pakwe @ makwe sewaktu zaman persekolahan. ini salah. kenangan manis ialah kita mengikut orang2 warak kemasjid, mendengar kuliah, solat berjemaah lima waktu sehari semalam, ukhwah, berkawan dengan org ada ilmu agama, menimba ilmu tidak kira ilmu agama @ dunia. itu lah difinisi kenangan manis bagi aku kerana sewaktu muda remaja lah kita nak didik hati. bila dah tua susah dol. walaupun dah tua kita nampak pakcik tu berkopiah, belum tentu hatinya berpaut pada Allah kerana sifatnya orang tua kebiasaanya sombong,riak dan takbur. kalau tak caya cuba korang test diorg. contoh bagi pendapat ke. jangan harap diorg nak pakai pendapat korang yg masih muda dan mentah. itulah petanda riak.

kenagan pahit ialah kenangan hitam sewaktu kita bersosial dahulu tidak kira berdating, bercampur gaul dengan rakan lelaki dan perempuan. apa2 yang buruk la senang cerita. yang korang rasa tidak diredhai Allah. jadi sesiapa yang selalu pergi masjid dan kuliah dan hati berpaut dengan masjid,korang jangan igt tiada life, sebenarnya itulah life, keseonokan. kalau tak caya try la. pergi masjid solat berjemaah selama 5 bulan. pastu cuba korang tak pergi solat berjemaah dan pergi pasaraya pukul 7.45pm. korang akan rasa janggal dan menyesal. "korang akan berkata eh sepatutnya tempat aku dimasjid" masyaAllah. aku merasa aman dimasjid bersama orang2 tua. dah tentu orang2 didalam masjid berfikiran matured, baik2..korang akan rasa selesa.

kita juga boleh bercuti dimana-mana, bawak wife kalau yg ada wife. dunia ini luas maa.. Allah jadikan dunia ini untuk kita merenung keindahan Allah. jadi apa lagi. pergilah! kalau korang rasa nak pergi jalan2 takot terlepas berjemaah dimasjid. apa guna ada wife kalo tak boleh jadi makmum.. ^_^ sama sahaja dimana2 pun kalau kita berjemaan tetap dapat 27 kali ganda pahala. cuma bila kita kemasjid dapat la pahala i'tikaf tu..

lagi satu korang akan terasa bila nampak perempuan yang bertudung labuh, hati korang rasa aman dan selesa. berbanding dengan gadis2 yang tidak bertudung labuh korang akan rasa tidak selesa dan tak terasa pun nak buat bakal isteri.




berbalik kepada topik kita tadi, video yang kedua ini ialah kucing aku yang bernama opel iaitu kucing jantan. yang unik suaranya agak maskulin. haha biasalah rumah aku ada grill bagi mengelakkan segrombolan haiwan-haiwan in masuk. so sebagai haiwan yang bijak diatas muka bumi ini, kucing ni dapat masuk pulak melalui lubang atau corong. jadi bila ada aku kat depan pintu dia tak berani masuk der..



video last ni ialah anak kucing yang panjat grill tp aku suruh turun. macam faham2 pulak bahasa aku. sebenarnya aku rasa kebetulan bila dia dengar suara manusia mindset kucing ni mest aku suruh turun. saksikan lah ketiga tiga video ini dengan aman. sesiapa yang tak suka kucing tu belajar belajar lah ye suka kucing kerana org yg suka kucing ni penyayang.

Hukum berjimak dengan hamba

Soalan;
Benarkah yang Islam membenarkan tuan kepada hamba berjimak dengan hamba perempuannya tanpa nikah? Jika ya, mengapakah ia dibolehkan?

Jawapan;

Ya, Islam membenarkan seorang tuan beristimta' dengan hamba perempuan yang dimilikinya berdalilkan firman Allah yang bermaksud;

"Dan (di antara sifat orang-orang mukmin ialah)  mereka yang menjaga kemaluan mereka (dari syahwat yang haram, iaitu zina dan sebagainya), kecuali kepada isteri mereka atau hamba (perempuan) yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela(apabila melepaskan syahwat itu kepada isteri atau hamba yang dimiliki)” (Surah al-Mukminun : ayat 5-6).

Berdasarkan ayat ini, jimak yang dihalalkan syariat adalah melalui dua ikatan;
1. Ikatan perkahwinan
2. Ikatan milki yamin (pemilikan hamba).

Kedua-dua jimak tersebut jika menghasilkan anak, maka anak itu dinasabkan kepada suami atau tuan dengan nasab yang sah dan boleh mewarisi. Memiliki yamin (pemilikan hamba) tidak memerlukan lagi akad perkahwinan kerana dengan miliki yamin tersebut seorang wanita hamba itu menjadi milik tuannya secara sepenuhnya dan harus tuannya memanfaatkannya termasuk beristimta' dengannya.

Pada zaman awal kemunculan Islam, pemilikan hamba merupakan fenomena yang berleluasa ketika itu. Untuk menghapuskannya, syariat Islam mengambil langkah berhikmah dan secara tadarruj (peringkat demi peringkat) kerana penghapusan secara drastik akan menyusahkan masyarakat yang terbiasa dengan amalan tersebut di samping mungkin akan memudaratkan hamba itu sendiri kerana terpaksa hidup berdikari dalam keadaan belum bersedia kerana sebelumnya ia bergantung hidup kepada tuannya.

Islam telah membuka ruang yang banyak untuk pembebasan hamba melalui hukum-hakam Syariatnya. Pembebasan hamba dijadikan sebagai salah satu denda yang ditetapkan Syariat bagi kes bunuh, pelanggaran sumpah, zihar dan persetubuhan pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Nabi SAW sendiri menggalakkan sahabat-sahabatnya membebaskan hamba. Ia merupakan ibadah yang besar pahalanya sebagaimana sabda Nabi SAW; "Sesiapa membebaskan seorang hamba beriman, Allah akan membebaskan dengan setiap anggota dari hamba itu setiap anggotanya dari api neraka" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah RA).

Demi menjaga hak-hak hamba, syariat Islam mewajibkan pemilik hamba melayani hamba-hambanya dengan baik, menjaga kebajikan dan keperluan mereka dan tidak membebani mereka melebihi kemampuan mereka. Sabda Nabi SAW; "Hamba-hamba kamu itu adalah saudara-saudara kamu. Allah meletakkan mereka di bawah jagaan kamu. Maka sesiapa yang Allah meletakkan saudaranya di bawah jagaannya, hendaklah ia memberi makan kepadanya sebagaimana makanan yang ia makan, memberi pakaian kepadanya sebagaimana yang ia pakai dan tidak membebaninya kerja yang melebihi kemampuannya. Tatkala ia membebaninya, hendaklah ia membantunya" (HR Imam al-Bukhari).

Keharusan yang diberikan oleh Syariat kepada tuan untuk mensetubuhi hamba perempuannya merupakan satu perhormatan kepada hamba itu dan juga satu langkah kepada pembebasannya. Seorang hamba wanita yang disetubuhi tuannya, apabila ia mengandung tidak harus lagi untuk tuannya menjualnya atau menghadiahkannya kepada sesiapa. Apabila ia melahirkan anak, anak itu akan dinasabkan kepada tuannya (dan menjadi seorang yang merdeka) dan hamba itu akan bergelar ummu walad. Sebaik tuannya meninggal, ia akan terbebas dengan sendirinya (yakni menjadi wanita merdeka tanpa dapat dihalang oleh sesiapapun).

http://ilmudanulamak.blogspot.com/

8 cara mengenalpasti lelaki penyayang


1) Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak
- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

3) Berat Akan Orang Tua
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik
- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah
-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang.

Wednesday, May 15, 2013

Perkahwinan memang kerana nafsu



Ada ramai anak gadis yang terperdaya oleh syaitan menganggap perkahwinan kerana nafsu adalah keji. Hakikatnya perkahwinan sememangnya dibina kerana nafsu, iaitu nafsu yang dipandu oleh panduan syarak. Ini kerana jika nafsu itu tidak mengikut syarak maka dia akan berzina.

Nabi salallahualaihiwassalam bersabda, ' فِي بِضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ' Pada kemaluan kamu itu terdapat sedekah. [Riwayat Muslim] Ini kerana kata baginda jika menyalurkan nafsu pada jalan yang haram itu berdosa maka menyalurkan nafsu pada jalan yang halal itu pun mendapat pahala.

Nafsu itu ada banyak jenis, nafsu mutma'innah, nafsu lawwamah dan nafsu amarah bil suu'. Jangan pukul rata dengan mengatakan sesiapa yang kahwin kerana nafsu itu jahat, keji, kotor sebabnya ia adalah sunnah seperti hadith baginda yang menyebut, 'هلا بكرًا تلاعبها وتلاعبك' Kenapa tidak menikahi anak dara agar kamu dapat bermain2 dengannya dan dia bermain-main dengan kamu? [riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Hadith di atas diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA yang menyebut tentang keutamaan anak dara berbanding janda yang mana keutamaan2 yang disebutkan dalam hadith-hadith itu semuanya SEMATA-MATA DEMI MEMUASKAN NAFSU SECARA MAKSIMAL, TOTAL, SEPENUHNYA, SEPUASNYA, SEBAIK-BAIKNYA, SEHABIS-HABISNYA kerana ia adalah halal dan banyak riwayat-riwayat sunnah menyokong hal ini.

Inilah fitrah lelaki yang Allah jadikan, 'GET USED TO IT'...

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ
'Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak..[Ali-Imran:14]

Disebutkan di dalam hadith yang sahih, yang sahih, yang sahih, yang sahih, yang sahih, yang sahih bahawa Nabi yang juga bertaraf Rasul iaitu SULAIMAN alaihissalam berkata bahawa dia akan menyetubuhi 60-70 isterinya pada satu malam sehingga mereka hamil agar melahirkan anak lelaki yang akan menjadi mujahid fisabilillah tetapi beliau terlupa mengucapkan Insya'Allah dan beliau berhasil menyetubuhi mereka semuanya namun cuma seorang yang hamil itu pun cacat. baginda rasulullah bersabda, 'Kalau Sulaiman mengucapkan Insya'Allah nescaya mereka akan lahir semuanya dan menjadi mujahid fisabilillah.' [riwayat al-Bukhari dan Muslim BUKAN RIWAYAT NAQIBAH-NAQIBAH DAN/ AKAK-AKAK SENIOR]

Kemudian Allah sebut pula dalam al-Quran,
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
' Isteri-isteri kamu ialah ladang bagi kamu, datangilah mereka menurut cara yang kamu suka.' [Al-baqarah: 223]

Allahuakbar, ayat pasal seks ni ?? Ceritanya Umar al-Khattab RA, lelaki yang mulia selepas Abu Bakar RA dan lebih mulia dari Pak Syeikh, Tuan Habib, kakak-kakak senior, Prof Dr Murrabi, naqibah bla-bla....Umar RA telah datang mengadu kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam bahawa semalam dia telah melakukan seks dengan isterinya dengan cara membelakangi isterinya. Dia sangka perbuatannya itu dosa maka turunlah ayat ini. [riwayat Ahmad dan Tirmidzi]

Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan dari Ibnu Umar, dia berkata, "Ayat ini turun pada masalah menjimak' istri dari arah belakang."

Jimak ini maksudnya seks, seks ini kena ada nafsu jika tidak Zakar tidak dapat keras atau disebut eraksi, kalau tiada nafsu sebab isteri berbadan kurap kerana tidak pandai jaga kulit, atau kerana wanita ini pemalas jaga kecantikan tetapi harap lelaki menikahinya semata-mata kerana 'alasan' TERIMALAH AKU SEADANYA atau NIKAHILAH AKU KERANA AGAMAKU (walaupun hakikatnya tak beragama mana pun harap pi usrah dan jemaah syok sendiri, hadith nabi pun tak tahu dan sunnah pun jahil) Maka jimak tak sampai maksud, sukar nak berlaku jimak atau kepuasan pada suami sedangkan itu hak suami dan termasuk asas-asas pernikahan.

Akhir kata,

Marilah kita muhasabah apakah wanita tidak menikahi kerana nafsu?

1. Mahukah anak gadis belajar 'Medic' di Mesir, bernikah dengan PAK MAT yang berusia 50 tahun ? Beliau imam masjid dan soleh....beragama.

Tak mahu ? Nak muda ? Itu nafsulah tu.

2. Mahukah anak gadis jadi nombor 4, berpoligami dengan ustaz yang alim, bertaqwa, soleh bla2...??

Tak mahu ? Mahu jadi isteri pertama saja ?? Itu nafsulah tu.

3. Mahukah anak gadis yang 'study Medic' di Mesir dan ikut usrah ini bernikah dengan Ramli penjual Tempe di Pasar malam ?

Tak mahu ? Mahu suami yang doktor juga, jurutera atau professional ? Itu nafsulah tu.

Perempuan pun banyak nafsu juga cuma CARA DAN BENTUK NAFSU lelaki dan perempuan berbeza.

Jangan mengeji apa yang kamu tak fahami, sebaliknya belajar bukan membodohkan diri !

-Ustaz Emran Ahmad

Tuesday, May 14, 2013

20 perkara yang berlaku selepas anda mempunyai anak

 
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan

DOA PEMBUKA



Bagus diamalkan untuk :

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.”

Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.”

Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).”

(Riwayat Bukhari)

AZAB BAGI KAUM WANITA DI NERAKA



(Tolong ingatkan kepada semua kaum perempuan yang Anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat, renungan khususnya untuk para wanita. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di
isra'- kan, aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya." Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuandigantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?"

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:

1. Biarkan info ini tetap dalam page/grup ini.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang Anda kenal dan Insya Allah ridha

Allah akan anugerahkan kepada setiap orang yang Anda kirim. Salam Ukhuwah....

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?



Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?