Friday, November 4, 2016

MODUL PEMESINAN INDUSTRI DI KOLEJ VOKASIONAL

Antara modul yang akan dipelajari ialah:-

Tahun 1 Semester 1
1. INDUSTRIAL SAFETY AND HEALTH
2. ENGINEERING MATERIAL
3. GEOMETRY DRAWING
4. MEASURING, HAND TOOL  AND  FITTING WORK

Tahun 1 Semester 2
1. PICTORIAL DRAWING
2. BASIC LATHE MACHINE
3. BASIC MILLING MACHINE
4. BASIC GRINDING MACHINE

Tahun 2 Semester 1
1. MACHINE DRAWING
2. AUTOCAD 2D DRAWING
3. INTERMEDIATE LATHE MACHINE

Tahun 2 Semester 2
1. INTERMEDIATE MILLING MACHINE
2. INTERMEDIATE GRINDING MACHINE
3. MACHINE MAINTENANCE

Tahun 3 Semester 1
1. AUTOCAD 3D
2. CNC LATHE
3. CNC MILLING
4. MATHEMATIC AND SCIENCE FOR VOCATIONAL

Tahun 3 Semester 2
1. CNC GRINDING MACHINE
2. CNC EDM DIE SINKER AND WIRE CUT
3. INDUSTRIAL SUPERVISORY
4. MATHEMATIC AND SCIENCE FOR VOCATIONAL

Tahun 4 Semester 1
1. ORGANIZE PRE-PRODUCTION
2. PRODUCT PLANNING
3. INVENTOR DRAWING
4. MATHEMATIC AND SCIENCE FOR VOCATIONAL

Tahun 4 Semester 2
1. PRODUCT DESIGN

2. MANAGE MANUFACTURING
3. ORGANIZE EQUIPMENT MAINTENANCE
4. MATHEMATIC AND SCIENCE FOR VOCATIONAL

Thursday, October 27, 2016

Berkongsi Perasaan Gembira Terpilih Menjadi Guru

Assalamualaikum...

Pertama sekali, bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini, dan diberi peluang untuk menghirup udara segar.
begitu juga, saya mendoakan para pembaca diberi kesihatan, dan iman yang kuat. amin.

Pada kali ini, saya terdetik untuk menulis tentang Terpilih menjadi Guru Vokasional.

Bersyukur kepada Allah.

Walaupun perjalanan saya begitu jauh, bermula selepas SPM saya dapat tawaran melanjutkan pelajaran di politeknik sultan haji ahmad shah. semua kawan dapat masuk universiti, saya saja antara yang tidak terpilih, mungkin ada hikmah disebalik nya.

setelah  menjalani diploma selama 3 tahun, saya dapat keputusan CGPA 3.27. harapan nak sambung belajar tu melonjak lonjak. saya cuba minta universiti awam dan ketika itu pilihan pertama kedua dan ketiga saya ialah uitm shah alam. ini di atas nasihat seorang sepupu  yang merupakan pensyarah di uitm. tetapi sekali lagi tiada rezeki untuk memasuki IPTA.

saya pun bertukar arah untuk memohon universiti swasta atas nasihat ayah. universiti  yang saya pilih ialah universiti kuala lumpur (UniKL) dengan program Bachelor engineering of technology machine tools and manufacturing.

setelah menjalani selama tiga tahun, , saya mendapat keputusan CGPA 3.01. Alhamdulillah.

dengan mendapat CGPA 3.01, saya dapat pengurangan pembayaran MARA sebanyak 90%.

dari pada 60 k pinjaman, saya hanya  bayar RM6K. itulah hikmah sebenar dan Allah sebaik baik perancangan.

selepas itu saya mintak kerja di syarikat swasta sebagai Jurutera, sebanyak 10 kali temuduga saya di tolak. mungkin syarikat terlalu besar dan banyak saingan. offer gaji pun boleh tahan RM 2500 tetap dan tiada OT.

saya pun cuba mencari syarikat Contractor sebagai Project Engineer, Gaji yang ditawarkan ialah RM2200 dan ada OT. tak apa lah, terima saja lah dulu.

di sana saya terpaksa kerja lebih masa sabtu dan ahad. semestinya ot pun juga banyak kan. gaji
gaji saya mencecah 4K setiap bulan. wow, Alhamdulillah, rezeki Allah..ada hikmah saya ditolak temuduga kilang besar2. perancangan Allah indah.

selama 3 tahun saya bekerja, saya pun memohon untuk menjadi guru vokosaional, kebetulan ada kekosongan dari kementerian pendidikan malaysia. Dengan berbekalkan pengalaman selama 3 tahun sebagai Project Engineer dalam bidang fabrication dan maintenance,

dipendekkan cerita, Alhamdulillah saya terpilih dan lulus temuduga menjadi Guru Kolej Vokasional, Seramai 5000 memohon, hanya 100 orang terpilih. Alhamdulillah. rezeki Allah tidak salah alamat.

Sekian !!


Thursday, October 6, 2016

Compressor Air Cond Terlalu Sensitif

Di sini saya nak update pengalaman tentang compressor kereta saya.
Pengalaman  ini diambil dari kereta kancil dan suzuki swift.

Orang kata, belajar dari pengalaman adalah  guru yang berharga. cuma terpaksa berhabis wang ringgit dulu kan.

Saya tak tahu kenapa compressor terlalu sensitif. adakah salah pomen kereta? tetapi pomen tak sentuh & tak buka pun komponen compressor.

Pada tahun 2005, ayah saya servic air cond kereta produa kancil, kerana sejak beli dari tahun 2002, air cond tidak pernah service. terdetik dalam hati nak servic supaya air cond terbaik.

selepas service, compressor pulak rosak. air cond jadi panas. dan terpaksalah ayah saya tukar compressor. dan selepas pada itu, ayah saya mengeluarkan pendapat kepada saya, tak perlulah service air cond. nanti takut compressor rosak. kah kah kah.

Tapi aku fikir mungkin kebetulan saja terjadi. orang lain service air cond tak ada dengar pun compressor rosak.

Pada tahun 2011, Kereta kancil ayah saya telah rosak gear box, dimana gear 5 tak boleh masuk. dan bila ada budget, ayah saya pun hantar kedai untuk tuka  sebiji gear box. harganya ialah rm1000.

bila siap je tukar gear box, compressor rosak lagi. sensitif betul lah compressor ni. sebelum bukak tak rosa, lepas bukak je dah rosak. berpanas lah semula sampai 6 @ 7 bulan. baru lah tukar compressor baru.

kini terjadi pula pada kereta suzuki swift yang saya sayangi.

bermulanya apabila casing cooling coil (evaporator) pecah. kereta ni saya beli second, mungkin pemilik asal telah service air cond, dan semasa membuka evaporator casing, keretakan berlaku dan mereka mengambil jalan mudah untuk menampal dengan silicon sahaja.


Casing Evaporator


Kelihatan casing lama sudah pecah.


Keadaan ini menyebabkan, air yang keluar daripada casing evaporator tidak keluar sepenuhnya daripada hose, air akan keluar memasuki bahagian penumpang hadapan dan menyebabkan banjir.

Sungguh mulia hati pemilik dahulu buat macam tu kat saya.

nak dipendekkan cerita, saya tukar yang baru 1 set dengan harga RM350.

manakala upah buka dash bord adalah RM300

Upah service, cuci blower, masukkan gas adalah RM100.

Jumlah kesemuanya ialah RM750.



Casing Evaporator baru.


akhirnya selesailah pemasangan casing evaporator yang baru. kedian air menitis dengan banyak kedalam kereta sudah selesai InysaAllah.

Tetapi, ada masalah kedua dimana apabila di buka air cond, terdapat bunyi bising seperti ada sesuatu bergesel. saya pergi semula ke bengkel untuk mengetahui sebab nya. pomen check dan test, dia bagitau itu adalah kerosakan pada compressor. padahal tak sentuh langsuh compressor. begitu manja sungguh.

terpaksa lah saya tukar compressor baru  yang recond berharga RM400, dan upah RM50. jumlahnya RM450.

Jadi total saya sudah belanjakan untuk bulan ini adalah RM1200.

Tak apalah, demi untuk kereta yang banyak berjasa, dan telah aku bawak merata2.

sekian..

Wednesday, October 5, 2016

Cara Pembayaran PTPTN Melalui Akaun 2 KWSP

Assalamualaikum,

Di sini saya terpanggil untuk update tentang pembayaran PTPTN melalui akaun 2 KWSP sebagaimana yang pernah aku buat baru2 ini.

Di bawah adalah procedure yang perlu dilakukan bagi memudah kan pembaca semua.

1) Pergi ke pejabat KWSP dan buat i-akaun dulu. kalau tak ada i-akaun, duit tak boleh trasnfer. dulu saya tak tau, saya terus pergi ke pejabat PTPTN dan hanya akan membuang masa.

2) Baru lah pergi ke pejabat PTPTN. dan kerani sana akan setel kan untuk anda. Dalam masa seminggu, anda akan mendapat mesej daripada PTPTN supaya pergi ke pejabat KPWS untuk cop ibu jari.

Document yang perlu dibawa adalah transcript belajar dan salinan. pihak KWSP tiada mesin potostat ya. jadi sediakan awal2 salinan.

3) Selepas mendapat mesej dari pihak PTPTN, Pergi ke pejabat KWSP semua, dan buat cop ibu jari.
Sila bawa doc transcript dan salinan.

Dalam  masa 2 minggu, duit daripada akaun KWSP akan di transfer ke PTPTN.

4) Dan seterusnya, anda perlu pergi ke pejabat PTPTN untuk reschedule semula pembayaran anda.

bagi yang bayar penuh tak ada masalah.tetapi

bagi yang ada tunggakan, anda perlulah membayar minimum separuh daripada tunggakan, dan barulah boleh reschedule pembayaran bulanan dan juga tukar kepada ujrah bagi yang belum.

dengan setel pembayaran ini, nama anda dari CCRIS akan terhapus. ha ha ha.

Sekian terima kasih.

Tuesday, October 4, 2016

Pengalaman Temuduga Di IPGM Kuala Lipis Sebagai Guru Interim Untuk Kolej Vokasional


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Rasanya dah lama tak update blog ni, last update tahun 2012 kot. Tu pun masa belajar dulu. bila dah kerja ni tak ada masa nak update.

Hari ini saya rasa terpanggil nak update blog tentang pengalaman temuduga sebagai calon guru interim untuk kolej vokasional pada tahun 2016.

2 Sept 2016
Saya mendapat email dari KPM supaya memeriksa laman sesawang jobmalaysia untuk mengetahui keputusan panggilan temuduga bagi guru interim kolej vokasional.

Lokasi temuduga saya dapat di IPGM kuala lipis. Mungkin pemilihan lokasi berdasarkan IC seseorang sebab rata calon temuduga adalah berasal dari pahang yang mempunyai No IC (06).

Panggilan temuduga dihantar melalui email oleh KPM, dan ramai calon-calon terlepas pandang untuk memeriksa email, jadinya ramai jugak lah yang terlepas dan tak datang temuduga. apa boleh buat, mungkin bukan rezeki mereka.

Kepada yang berpeluang pergi temuduga saya ucapakn tahniah dan juga tahniah kepada diri sendiri.

Untuk temuduga guru interim ini, masa yang di beri untuk preparation adalah sangat singkat. bayangkan email dihantar oleh KPM pada 2 Sept 2016, dan tarikh temuduga pula pada 7 Sept 2016. hanya diberi 5 hari sahaja untuk study.

Ada juga calon yang di hantar email pada 6 Sept 2016, dan temuduga pada 7 Sept 2016.

Terdetik juga rasa pelik kenapa begitu drastik, dan terlalu singkat masa diberi untuk study. adakah KPM terlalu memerlukan guru vokasional? seribu macam persoalan yang timbul.

Kerana, kajian yang saya buat berdasar kan calon temuduga dari upsi, masa yang diberikan adalah 1 bulan dari tempoh panggilan temuduga. kelebihan pada calon boleh buat preparation.

Mujur kawan2 membantu, dan banyaklah soalan bocor temuduga saya dapat. tidak kurang juga saya research dalam internet. mana yang dapat saya hafal tu, sy hafal . dan ada juga buat note.


Tuesday, July 16, 2013

AMALAN DIBULAN RAMADHAN


Assalamualaikum...w.b.t.

Alhamdulillah..sudah cukup seminggu kita berpuasa. apa perasaan korang semua?seronok?penat?.. tepuk dada dan tanya iman tentang perasaan kita apabila kedatangan bulan penuh barakah ini. kira2 seminggu sebelum berpuasa saya ada menghadiri kuliah di surau at-taqwa seksen 7,shah alam dimana seorang ustaz dari gombak memberi kuliah magrib yang pada kiraan saya penuh manfaat.

so disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang kuliah tersebut. mujur la sempat salin kt hp..kalo tidak mesti dah lupa..hehe.. maklumlah tet...tet..tet..

seingat saya name ustaz tu Dr Azhar. beliau memberi kuliah bertajuk amalan dibulan puasa.
antara amalan yang harus dibuat dibulan puasa ialah :

1) membaca Al-Quran dan juga bertadarus
2) melakukan solat2 sunat
3) iktikaf didalam masjid
4) perbanyakkan sedekah
5) solat tahajud
6) selalu berzikir,beristighfar,memuji kebesaran Allah
( jika boleh setiap saat dibulan ramadhan. itu mungkin wali2 Allah..hehe..tapi kalau kita boleh apa salahnya. kejayaan yang besar bukan melepasi everest. tetapi ini juga adalah kejayaan yang besar. wallahualam)
7) solat dhuha

didalam kuliahnya banyak mengupas tentang solat dhuha..xsompek eh nak ngupas bab2 lain..maso xbanyak kot..
solat dhuha sangat bagus dilakukan dibulan puasa dimana ia merupakan antara sedekah kita kepada Allah.

keutamaan solat dhuha ialah mencukupkan sedekah sebanyak persendian manusia, yaitu 360 persendian, sebagaimana dijelaskan dalam hadits:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى. (أخرجه مسلم).

Dari Abu Dzar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau telah bersabda: "Di setiap pagi, ada kewajiban sedekah atas setiap persendian dari salah seorang kalian. Setiap tasbiih adalah sedekah, setiap tahmiid adalah sedekah, setiap tahliil adalah sedekah, setiap takbiir adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah. Dan dapat memadai untuk semua itu, dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha"

ada diantara kita selalu mempersoalkan solat dhuha. sebagai contoh si fulan tidak pernah solat dhuha tapi tetap kaya. so apakah jawapan yang perlu diberi kepada brader lapa penampaq ni..hehe...

jawapan yang diberi oleh ustaz Dr Azhar ialah berbentuk :

dihujung kampung terletak jauh dipedalaman seorang peniaga bekerja menyara keluarga dengan menanam pokok lada. hamba Allah ini menanam pokok lada dengan menggunakan benih dari biji lada.
takdir Allah ketika hamba Allah ni hendak mematahkan lada untuk mengambil biji lada untuk ditanam, satu biji lada jatuh ketanah dalam keadaan terlangkup dan tergolek dop (ni aku tambah daa).

maka tumbuh la biji lada yang jatuh tersesat lagi tanpa dibajai dan diawasi. walaupun tidak dibajai, ia tetap tumbuh sebagai pokok lada dan berdiri gah, kemerahan2 menyala disamping pokok2 kecil yang lain tanpa disedari tuannya.

lain pula dengan pokok lada yang ditanam oleh tuannya sendiri dimana dibajai subur, dijaga dengan rapi,diracun serangga, diawasi serta tido pun disebelah pokok lada..keh3..akhirnya pokok lada itu tumbuh lebih gah dan lebih cantik tertarik menarik kau memang...buahnya lebat,merah, pokoknya ibarat urat dawai tulang besi, bunganya hijau menawan serta sihat walafiat. berbanding dengan pokok yang tumbuh sendiri tanpa dibajai hanya sekadar cukup syarat sahaja hendak tumbuh.

begitulah juga dengan kita manusia. apabila seseorang itu sudah pun kaya, tetapi jika diamalkan solat dhuha maka lagi lagi lagi lagi lagi bertambah lah kayanya seperti pokok lada tadi. ada nampak?

dan yang last sekali bab sedekah. ajarlah diri kita selalu bersedekah. jinakkan hati dengan melakukan sedekah..walaupun tidak punya harta, cukup lah bag sedikit sahaja walaupun sedikit dan yakin lah kerana Allah akan membayar 10 kali ganda.

amatlah salah apabila kita menganggap tidak perlu sedekah jika tidak punya harta. itu adalah org yang tidak yakin dengan janji Allah

cara mengajarknya sebagai contoh yang Dr Azhar bagi ialah apabila beli dipasar contoh membeli sayur, jika beli dengan makcik tua @ sbgainya..bila kita bagi duit lebih apa salahnya sedekahkan baki kepadanya.
dah la makcik tua, nak bagi duit baki pun tak ada, kita duk tunggu lagi sampai makcik tu bagi baki duit..baki pulak tu 20 sen je.. apa salah bersedekah kn?kesian makcik tua tu. dan tak perlulah nego kepada penjual seperti makcik tua. ajarlah diri berjinak dengan bersedekah.

pesanan kepada diri saya sendiri juga.. wallahualam.

Tuesday, July 2, 2013

pantang larang bakal pengantin

1) Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

2) Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

3) Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

4) Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.

5) Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

6) Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

7) Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

8) Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

9) Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

10)Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

11) Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

12) Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

13) Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

14) Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

15) Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

16) Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

17) Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.

18) Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

19) Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

20) Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.

21) Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

22) Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

Wednesday, June 26, 2013

telatah kucing ku yang comel

assalamualaiku...

hai. bertemu lagi ketika ini. dah lama rasanya saya tidak update blog dengan menulis sendiri dengan bertunjangkan dua belah tangan, berbekalkan 10 jari. bermadah pulak..hehe.. Today I want to story mory about my cats. Generally, I really love cats. kalau jumpa kat mana-mana mesti saya akan gosok kucing tu. kalau kucing tu bersih saya ambil. kalau kucing kurap cuma gosok guna kaki jerk.





Video diatas ni ialah anak kucing. yang comelnya kucing ni isap tangan aku derr..keh3..untuk pengetahuan korang berdasarkan pengalaman saya, kucing diusia beginilah yang akan jilat tangan tuanya. kalau dah besar tu puas la ko hulur tangan. tak kan dijilatnya. di antara sebabnya ialah kucing ini sedang mengenal dunia. macam kita la ketika waktu remaja. ada yang remajanya terdapat kenangan manis dan ada yang remajanya penuh kenangan hitam.

mari aku nak huraikan apa maksudnya kenangan manis ketika remaja. kenangan manis bukan bermakna ada pakwe @ makwe sewaktu zaman persekolahan. ini salah. kenangan manis ialah kita mengikut orang2 warak kemasjid, mendengar kuliah, solat berjemaah lima waktu sehari semalam, ukhwah, berkawan dengan org ada ilmu agama, menimba ilmu tidak kira ilmu agama @ dunia. itu lah difinisi kenangan manis bagi aku kerana sewaktu muda remaja lah kita nak didik hati. bila dah tua susah dol. walaupun dah tua kita nampak pakcik tu berkopiah, belum tentu hatinya berpaut pada Allah kerana sifatnya orang tua kebiasaanya sombong,riak dan takbur. kalau tak caya cuba korang test diorg. contoh bagi pendapat ke. jangan harap diorg nak pakai pendapat korang yg masih muda dan mentah. itulah petanda riak.

kenagan pahit ialah kenangan hitam sewaktu kita bersosial dahulu tidak kira berdating, bercampur gaul dengan rakan lelaki dan perempuan. apa2 yang buruk la senang cerita. yang korang rasa tidak diredhai Allah. jadi sesiapa yang selalu pergi masjid dan kuliah dan hati berpaut dengan masjid,korang jangan igt tiada life, sebenarnya itulah life, keseonokan. kalau tak caya try la. pergi masjid solat berjemaah selama 5 bulan. pastu cuba korang tak pergi solat berjemaah dan pergi pasaraya pukul 7.45pm. korang akan rasa janggal dan menyesal. "korang akan berkata eh sepatutnya tempat aku dimasjid" masyaAllah. aku merasa aman dimasjid bersama orang2 tua. dah tentu orang2 didalam masjid berfikiran matured, baik2..korang akan rasa selesa.

kita juga boleh bercuti dimana-mana, bawak wife kalau yg ada wife. dunia ini luas maa.. Allah jadikan dunia ini untuk kita merenung keindahan Allah. jadi apa lagi. pergilah! kalau korang rasa nak pergi jalan2 takot terlepas berjemaah dimasjid. apa guna ada wife kalo tak boleh jadi makmum.. ^_^ sama sahaja dimana2 pun kalau kita berjemaan tetap dapat 27 kali ganda pahala. cuma bila kita kemasjid dapat la pahala i'tikaf tu..

lagi satu korang akan terasa bila nampak perempuan yang bertudung labuh, hati korang rasa aman dan selesa. berbanding dengan gadis2 yang tidak bertudung labuh korang akan rasa tidak selesa dan tak terasa pun nak buat bakal isteri.




berbalik kepada topik kita tadi, video yang kedua ini ialah kucing aku yang bernama opel iaitu kucing jantan. yang unik suaranya agak maskulin. haha biasalah rumah aku ada grill bagi mengelakkan segrombolan haiwan-haiwan in masuk. so sebagai haiwan yang bijak diatas muka bumi ini, kucing ni dapat masuk pulak melalui lubang atau corong. jadi bila ada aku kat depan pintu dia tak berani masuk der..



video last ni ialah anak kucing yang panjat grill tp aku suruh turun. macam faham2 pulak bahasa aku. sebenarnya aku rasa kebetulan bila dia dengar suara manusia mindset kucing ni mest aku suruh turun. saksikan lah ketiga tiga video ini dengan aman. sesiapa yang tak suka kucing tu belajar belajar lah ye suka kucing kerana org yg suka kucing ni penyayang.

Hukum berjimak dengan hamba

Soalan;
Benarkah yang Islam membenarkan tuan kepada hamba berjimak dengan hamba perempuannya tanpa nikah? Jika ya, mengapakah ia dibolehkan?

Jawapan;

Ya, Islam membenarkan seorang tuan beristimta' dengan hamba perempuan yang dimilikinya berdalilkan firman Allah yang bermaksud;

"Dan (di antara sifat orang-orang mukmin ialah)  mereka yang menjaga kemaluan mereka (dari syahwat yang haram, iaitu zina dan sebagainya), kecuali kepada isteri mereka atau hamba (perempuan) yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela(apabila melepaskan syahwat itu kepada isteri atau hamba yang dimiliki)” (Surah al-Mukminun : ayat 5-6).

Berdasarkan ayat ini, jimak yang dihalalkan syariat adalah melalui dua ikatan;
1. Ikatan perkahwinan
2. Ikatan milki yamin (pemilikan hamba).

Kedua-dua jimak tersebut jika menghasilkan anak, maka anak itu dinasabkan kepada suami atau tuan dengan nasab yang sah dan boleh mewarisi. Memiliki yamin (pemilikan hamba) tidak memerlukan lagi akad perkahwinan kerana dengan miliki yamin tersebut seorang wanita hamba itu menjadi milik tuannya secara sepenuhnya dan harus tuannya memanfaatkannya termasuk beristimta' dengannya.

Pada zaman awal kemunculan Islam, pemilikan hamba merupakan fenomena yang berleluasa ketika itu. Untuk menghapuskannya, syariat Islam mengambil langkah berhikmah dan secara tadarruj (peringkat demi peringkat) kerana penghapusan secara drastik akan menyusahkan masyarakat yang terbiasa dengan amalan tersebut di samping mungkin akan memudaratkan hamba itu sendiri kerana terpaksa hidup berdikari dalam keadaan belum bersedia kerana sebelumnya ia bergantung hidup kepada tuannya.

Islam telah membuka ruang yang banyak untuk pembebasan hamba melalui hukum-hakam Syariatnya. Pembebasan hamba dijadikan sebagai salah satu denda yang ditetapkan Syariat bagi kes bunuh, pelanggaran sumpah, zihar dan persetubuhan pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Nabi SAW sendiri menggalakkan sahabat-sahabatnya membebaskan hamba. Ia merupakan ibadah yang besar pahalanya sebagaimana sabda Nabi SAW; "Sesiapa membebaskan seorang hamba beriman, Allah akan membebaskan dengan setiap anggota dari hamba itu setiap anggotanya dari api neraka" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah RA).

Demi menjaga hak-hak hamba, syariat Islam mewajibkan pemilik hamba melayani hamba-hambanya dengan baik, menjaga kebajikan dan keperluan mereka dan tidak membebani mereka melebihi kemampuan mereka. Sabda Nabi SAW; "Hamba-hamba kamu itu adalah saudara-saudara kamu. Allah meletakkan mereka di bawah jagaan kamu. Maka sesiapa yang Allah meletakkan saudaranya di bawah jagaannya, hendaklah ia memberi makan kepadanya sebagaimana makanan yang ia makan, memberi pakaian kepadanya sebagaimana yang ia pakai dan tidak membebaninya kerja yang melebihi kemampuannya. Tatkala ia membebaninya, hendaklah ia membantunya" (HR Imam al-Bukhari).

Keharusan yang diberikan oleh Syariat kepada tuan untuk mensetubuhi hamba perempuannya merupakan satu perhormatan kepada hamba itu dan juga satu langkah kepada pembebasannya. Seorang hamba wanita yang disetubuhi tuannya, apabila ia mengandung tidak harus lagi untuk tuannya menjualnya atau menghadiahkannya kepada sesiapa. Apabila ia melahirkan anak, anak itu akan dinasabkan kepada tuannya (dan menjadi seorang yang merdeka) dan hamba itu akan bergelar ummu walad. Sebaik tuannya meninggal, ia akan terbebas dengan sendirinya (yakni menjadi wanita merdeka tanpa dapat dihalang oleh sesiapapun).

http://ilmudanulamak.blogspot.com/

8 cara mengenalpasti lelaki penyayang


1) Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak
- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

3) Berat Akan Orang Tua
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik
- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah
-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang.